Memaparkan catatan dengan label alkisahnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alkisahnya. Papar semua catatan
Isnin, Julai 05, 2021 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

PKP, PKPD

 Assalamualaikum wbt

Allahu akbar. Lama betul tak bercerita kat sini kan? Banyak perkara dah berlaku sepanjang tempoh senyap sunyi saya.

Sebenarnya syukur alhamdulillah saya dah kembali ke negeri kelahiran saya, walaupun terpaksa bertugas di negeri jiran. Semua tahu kan sebelum ni saya mengajar di negeri bawah bayu sana sejak 2007 lagi. Hampir 14 tahun saya merantau akhirnya dapat juga kembali.

Namun cerita sedihnya saya terpaksa terpisah dengan keluarga saya uhuks 😭😭 sebabnya kami dah tak tinggal sebumbung lagi. Inilah namanya pengorbanan. Saya ditugaskan di Kuantan manakala suami pula di Kuala Terengganu sana. Anak-anak pun sama, seorang di asrama AKMAL Terengganu dan seorang lagi bersama mak saya.

Gara-gara pandemik Covid-19 dan PKP segala macam ni, anak sulong saya terpaksa balik daripada tinggal di asrama. Semua bakal hafiz dan hafizah pulang ke rumah masing-masing. Syukurlah suami saya ada uruskan si abang kat sana. Si adik pula sendirilah dia kat kampung sebab saya kena berada di stesyen atas arahan JPN. Kami kan penjawat awam yang mendengar arahan hehe 😆😄😄

Awal rancangannya nak baliklah hujung minggu bebaru ni tetapi perancangan Allah jua yang hebat. Terpaksa tinggal dulu di Kuantan sini kerana PKPD. Dah 2 minggu ni tak jumpa anak. Harap boleh dengar suara dan nampak muka masa video call saja. Semoga semuanya lekas berlalu tanpa kesan.

Oklah, lain kali pula kita sembang ya. Eh bercerita 😁 almaklumlah lama tak menaip panjang-panjang begini. Hingga jumpa lain waktu, jaga diri jaga iman. Ilalliqa'



Selasa, Oktober 13, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Pelajar PMR SCSH



antara pelajar PMR yg sedang menjawab subjek PMR...
Jumaat, Ogos 28, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam Ramadhan buat semua

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh dan salam Ramadhan.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa buat semua umat Islam walau di mana jua berada.

Kuminta dari Tuhan setangkai bunga segar,
DIA berikanku kaktus berduri,
Kuminta kupu-kupu,
diberiNya aku ulat bulu,
Aku sedih & kecewa,
Namun kemudian kaktus itu berbunga,
indah sekali,
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Allah, indah pada masanya.
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi,
Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kekadang kita sedih, kecewa, terluka...
Tetapi jauh di atas segalanya,
DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

Jadikanlah jalinan antara kita terjalin persis untaian tasbih.
Ada awal tiada penghujung,
dibentuk untuk mengingatiNya,
dicantum kerana cintaNya,
diratib semata-mata kerana redhaNya,
menitis air mata tika merasai kemanisan iman.
Semoga jalinan ini kekal dan dirahmati Allah SWT.





Tatapilah aksi anak terunaku ini ya yang diambil semalam.


guna lego buat jadi fon





kononnya sedang bercakap dengan henfonlah ni
Ahad, Ogos 16, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Akhil - Waheeda selamat diijabkabul

 

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

"Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak," kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

"Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

"Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini," ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

(dari kiri)Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (bapa Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

"Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak," kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan," katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara 'rahsia'.

"Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

"Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya..




p/s: hmmm saya bukannya fanatik minat mereka berdua ni tapi sekadar memaparkan berita baik ini. Yelah, mendirikan masjid bukankah perkara baik. Mengurangkan berlakunya maksiat insya Allah. Kontrovesi yang berlaku sebelum ini sememangnya lumrah dunia artis. Doakanlah mereka bahagia dunia dan akhirat ya. Amien
Rabu, Ogos 05, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Bercuti lagi..

Salam tgh hari rabu,

Sekolah saya masih ditutup dek H1N1. Esok hari terakhir kami guru-gurunya bercuti. Bolehlah sambung agenda sekolah; Ujian Setara II bagi tahun ini.

Semalam saya bersembang dengan suami, katanya di Sabah saja dah 131 buah sekolah ditutup gara-gara influenza A H1N1 ni. Hmmm, parah jugak tu. Di semenanjung pun banyak sekolah alami proses yang sama.

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah kami dari malapetaka yang Engkau timpakan ini. Ampunilah dosa-dosa kami yang membawa kepada dugaan dan azab dunia ini. Rahmatilah hidup kami Ya Allah..
Jumaat, Julai 31, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sekolah ditutup gara-gara H1N1

Salam malam sabtu.

Sejak tengah hari tadi bila tahu saja SMK Pasir Putih ditutup kerana ada pelajarnya dijangkiti influenza A H1N1, tak lama lepas tu, dapat pula berita sekolah saya pun kena tutup atas kes yang sama. Nampak gayanya bertangguhlah ujian setara 2 yang dijadualkan bermula isnin depan.

Petangnya ada berita lagi tentang sekolah ditutup; SMK Kuhara dan SMK Jambatan Putih. Jiran saya yang mengajar di SMK Jambatan Putih dah demam sekarang, cuma belum dipastikan kerana jangkitan virus ini ataupun demam biasa saja. Lepas maghrib tadi, suami saya hantar sms beritahu ada lagi 3 buah sekolah ditutup; SMK Balung, SM Teknik dan SMK St Patrick menjadikan 7 buah sekolah setakat ini.

Inilah akibatnya bila langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan tidak diambil berat. Sesuatu yang boleh dikawal dan dijauhi akhirnya tersebar kerana sikap tidak kisahkan keselamatan dan kesihatan diri sendiri apatah lagi orang lain. Hmmm...

Kisah minggu ini..

Salam petang jumaat.

Syukurlah sempat juga saya online masa ni. Sebenarnya menunggu Mujahid lena memang makan masa yang lama. Nak harapkan dia tidur sendiri, jangan haraplah. Kekadang sengaja biarkan dia bermain seorang diri supaya cepat letih dan mengantuk.

Mujahid kalau bermain, bukannya dengan permainannya saja. Semua benda menjadi barang mainannya. Kalau ke dapur, periuk, pinggan mangkuk semua dia buat main. Tambah pula sekarang ni dia dah makin tinggi, boleh saja dia capai suiz dapur gas tu. Aduh! Memang bimbang sangat kalau dia ikut saya ke dapur. Lebih-lebih lagi bila saya tengah memasak. Sebab itulah tak suka biarkan dia ikut saya ke dapur.

Nak tengok Mujahid?? Ok, saya tunjukkan di bawah ni. :D



Di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat semasa cuti sekolah yang lalu


Mujahid semasa menunggu walidnya selesai solat di Masjid Jamek, Kundasang


Rabu lepas, saya membawa pelajar saya yang menjadi ahli Kelab Komputer sekolah ke Kolej Komuniti Tawau sebagai aktiviti tahunan kelab. Alang-alang ke sana, pihak kolej menawarkan kursus pendek kepada ahli kelab. Bagus juga kan, adalah faedah sampingan buat pelajar saya tu. Sekurang-kurangnya mereka dapat didedahkan dengan teknologi komputer, asas pengkomputeran dan cara pemasangan komputer. Cuma sayangnya tak sempat untuk aktiviti amalinya. Tapi saya galakkan mereka untuk ikuti kursus pendek selanjutnya di kolej komuniti secara sambilan pada hujung minggu supaya mereka dapat manfaatkan sijil yang mereka dapat.

Balik dari lawatan sambil belajar ke kolej komuniti, sesampainya di sekolah saya perasan adanya pelajar yang memakai topeng mulut (mask) yang biasa para doktor yang gunakan di hospital. Rupanya ada pemantauan H1N1 dari hospital. Kemungkinan ada pelajar yang dijangkiti virus berbahaya ini kerana ada yang mengikuti perkhemahan kaunseling (tak silap saya) dan dengarnya penceramah program tersebut pernah ke Hong Kong.

Sebelum balik tengah hari tadi, seorang rakan guru beritahu adiknya belajar di sekolah yang ditutup kerana H1N1. Bimbang dia akan kesihatan adiknya. Saya tak sangkalah pula sekolah saya pun kena tutup. Sudahlah sekolah dah rancang untuk adakan ujian setara kedua bagi tahun ini. Ini maknanya kena tangguh ke minggu berikutnya.

Hmm, bimbangnya saya kalau-kalau virus ni menular hingga menjangkiti kami pula. Jadi, marilah sama-samalah kita ambil langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan H1N1 ini. Aduh, sakit pinggang pula saya. Permisi dulu ya. Nak baring-baring sekejap.
Rabu, Julai 22, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Gerhana Matahari Paling Lama



Gerhana penuh matahari paling lama berlaku pagi tadi apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Atas kiri: Gambar Utusan dirakam di Menara Alor Setar. Atas kanan: Varanasi, India (AP). Bawah: Hyderabad, Pakistan (AP).

~ Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Betapa indahnya kejadian Allah, itu yang di langit. Kejadian kita hambaNya ini, tentulah tak tercapai dek akal kita yang dengkil ini. Allahu Akbar
Jumaat, Jun 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

baru balik bercuti

Salam petang jumaat yang hening.

Maafkan saya kerana meninggalkan anda semua begitu lama. Kami bercuti lama sangat menjelajah seluruh sabah kali ini. Maklumlah tak pernah lagi melancong sejak berkahwin. Tambahan pula dah ada kenderaan sendiri memudahkan bergerak ke sana sini. Untung dapat servis kereta awal sebelum berjalan jauh.

Insya Allah gambar-gambar yang diambil sepanjang percutian kami akan diuploadkan cuma kena ambil masa lain pula memandangkan cuti dah tinggal berapa hari saja. Sebenarnya my laptop ni 'jem' dgn virus di dlmnya, bila buka saja mesti 'hang' sudahnya terpaksa shutdown saja. Nak ditanya di kedai, nanti kena tinggal payah pula tu sebabnya kami kan dalam percutian. Bukannya menetap di satu-satu tempat tu lama. Balik saja di tawau, saya puas fikirkan cara nak perbaik penyakit laptop saya ni. Syukur dengan idea dari adik saya, saya dapat juga on dengan baik seterusnya dapat online. Kalau tak, manakan dapat menulis di sini ;)

Kenangan pahitnya kali ini, my digital camera jadi 'kong' dek terjatuh banyak kali. Makanya, tak banyaklah gambar yg dapat diambil dengan kualiti yang terbaik (bagi jenis kamera kamilah). Syukurlah ada jua kamera pada telefon bimbit kami. Dapatlah juga simpan kenangan di setiap tempat yang kami pergi.

Oklah, saya terima berita bekalan air tiada esok hari. Jadi kenalah basuh siap-siap baju-baju kami tu. Sudahlah lama terperak dalam beg plastik. Insya Allah, bakal berupdate sedikit hari lagi. Hingga ketemu lagi. Wassalam.
Jumaat, Mei 01, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sibuknya daku..

Salam tengah hari Jumaat penghulu segala hari,

Sekian lama saya meninggalkan ruangan ini, sekadar menatap dan membaca mana yang termampu dengan batasan masa yang ada. Sangat rindukan ruangan ini, nak bercerita apa yang berlaku, nak berkongsi apa yang dialami namun tersadung juga akhirnya. Maaf, itulah yang dapat dinyatakan sekarang. Insya Allah, saya akan update sekerap yang terdaya selepas ini.

Permisi deh :|
Ahad, April 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

kisah 3 dalam 1

Salam malam isnin,

Maafkan saya andai mengecewakan anda semua yang menantikan cerita dari saya mengenai Mujahid mahupun kisah kami. Sebenarnya banyak masa saya sekarang ini lebih tertumpu kepada Mujahid. Dia makin aktif hinggakan tak tau nak berbuat apa dah. Bukanlah maksudnya hyperactive cuma saya yang tak tahu nak kawal keaktifan Mujahid sayangku ini dan ini bukanlah alasan semata-mata ;) dan bukannya saya tak update langsung. Lupa saya nak ingatkan, tolong namakan semula ya tajuk blog saya ni. Dah tukar tau, bukan lagi Mujahidku Sayang tapi Cebisan Kisah Insan Biasa.

Jumaat lepas berlangsungnya Majlis Permuafakatan dan Ceramah Kecemerlangan PMR bagi pelajar PMR di sebelah paginya dan Majlis Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar dan Mesyuarat Agung PIBG 2009 di sebelah petang. Dua acara yang julung-julung kali diadakan. Acara pagi tu hanya melibatkan guru-guru tingkatan tiga bersama ibu bapa pelajar. Saya pun ada mengajar tapi bukan subjek teras jadi tak terlibat sangat. Acara sebelah petang itulah yang kami semua guru Abaka terlibat.

Pagi semalam (11 April), saya sekeluarga bertolak ke Lahad Datu awal-awal pagi lagi sekadar menghabiskan masa cuti yang berbaki 2 hari. Lagi pun dah sekian lama merancang nak ke sana tapi tak kesampaian juga. Jadinya, selepas teman di sana maklum kedatangan kami barulah kami bergerak seawal jam 7 pagi. Dalam 9.30 pagi kami sampai tapi singgah makan dulu sebab tak sempat bersarapan dalam erti sebenar. Kami berehat di rumah Kak Siti (bekas Penyelia Petang SMK Paris, sekolah lama saya). Kak Sitilah yang tumpangkan saya dan Liana ke sekolah tiap hari dulu sehinggalah Liana beli MyVi sendiri. Kami sembang-sembang, bertukar cerita hinggalah jam 1.30ptg. Waktu nak bertolak balik, hujan tengah lebat dan Abang nekad nak balik juga, bimbang makin lewat gerak makin gelap di jalanan. Maklumlah perjalanan Tawau-Lahad Datu bukannya macam KL-N9.

Sebelum bergerak pulang, kami singgah makan lagi (bukan tak diajak makan tapi tak mahu menyusahkan orang tambahan pula Kak Siti kena ke sekolah pula sebelah petangnya (sekolah ganti untuk cuti raya nanti). Sekolah saya bakal gantikan tu minggu depan. Selesai makan, tepat jam 2 kami bertolak dan sempat singgah Kunak isi minyak kereta. Dalam jam 4.10 petang, kami singgah rumah Mak Teh di Balung sejam sebelm teruskan perjalanan lagi. Oleh sebab saya merancang nak beli sesuatu di PC Fair, jadinya kami singgah ke Dewan Masyarakat Tawau survey tengok apa yang ada. Syukurlah selesai urusan dan selamat sampai di rumah sebelum maghrib.

Itu kisah kelmarin. Mujahid malam ni awal lenanya, maklumlah penat keluar sejak tengah hari tadi sampailah ke petang tadi. Kami keluar makan dan ke PC Fair, beli apa yang dihajatkan, ke kedai perabot beli barang-barang yang dah dibook sebelumnya. Nak ke Giant sebelum pulang tapi Cikgu Lakarani call minta tolong cadangkan PC mana yang elok untuk dibeli. Rupanya dia nak belikan untuk kegunaan anak-anaknya. Jadi kami ke dewan sekali lagi dan bertemu Cikgu Lakarani di sana. Selesai saja terus kami pulang ke rumah.

Nanti gambar-gambar yang diambil saya uploadkan ya. Buat masa ni biarlah ceritanya dulu kalian tahu. Saya permisi dululah ya. Ada kerja menanti. Insya Allah dengan gambar-gambar yang dijanjikan. Wassalam.
Rabu, April 01, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Setahun sudah.. ;D

Salam hari rabu ;)

Uhu lamanya tak menaip di sini. Maaflah ya bagi yang mengikuti kisah saya ini. Sebenarnya saya tidaklah terus menyepi tanpa mengadap laptop ini tetapi cuma tidak nukilkan sesuatu di sini. Saya masih aktif tetapi di belakang tabir saja. eh ada tabir ke? ;)

Bak tajuk di atas tu, tepat jam 1.46 pagi tadi maka genaplah MUHAMMAD USAMAH MUJAHID anak teruna saya yang comel lote gendut tu berusia setahun. alahai, gendut?? Anak sepupu suami yang mulakan kata Mujahid gendut. Gendutkah dia? Hmm tengoklah gambar terkininya nanti.


Gambar ni diambil dr hp abg sepupu(hp baru beli)


Banyak sebenarnya nak dikisahkan di sini tapi biasalah banyak kerja betul di sekolah saya sekarang ni. Sabtu lepas 28 Mac adanya pertandingan puisi dan lagu peringkat daerah, sekolah saya jadi tuan rumah. Pelajar sekolah pula berjuang untuk ujian setara bermula rabu lepas hinggalah isnin bebaru ini. Sekarang ni kenalah tanda kertas soalan mereka.

Cukup dulu untuk kali ini, insya Allah bakal bersambung kelak. Gambar-gambar Mujahid bakal saya upload selesai saya menanda semua kertas ujian anak murid saya ya. Lagi 3 kelas mahu ditanda.

Permisi duluan ya. Wassalam.

p/s: Oleh sebab dah lama tak ada berita, jadi saya dahulukan mana-mana gambar Mujahid
Ahad, Mac 22, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah seminggu

Salam hujung minggu..

Alahai lamanya tak menaip di sini. Bukannya tiada idea tapi tak dibenarkan Mujahidku comel itu. Manakan tidak, mahu saja online dah pun mintak ribakan dia. Kalau duduk diam-diam tak apalah juga tapi tangannya sibuk menekan sana menekan sini.

Entry terakhir sebenarnya tak dapat gunakan keyboard. Entah apalah silapnya cuma boleh cut and paste dengan mouse saja. Gara-garalah ni Mujahid asyik menekan keyboard. Uhu salahkan anak pula. 2, 3 hari juga tak dapat nak menaip dengan selesa (terpaksa tekan lelama barulah hurufnya keluar). Rupanya saya lupa telah aktifkan StickyKey dan FilterKey.

Seperti yang diberitahu awalnya, minggu lalu kami bermalam di rumah Mak Teh di IPG Tawau. Maklumlah dah lama tak ke sana. Mujahid, bila sampai lewat malam itu, mula merengek seolah-olah tak kenal. Dah lupa gamaknya nenek saudaranya tu. Awalnya malu-malu lagi tapi selang tak lama lepas tu dia pun aktif macam biasa.

Kami bermalam di sana 2 malam, asalnya semalam saja tapi bila dapat tahu Shahir tak jadi bawa kawannya, bertambahlah semalam lagi kami di sana. Seronok kan bila bersama keluarga sendiri. Bila merantau jauh, pada saudara sajalah kita menumpang kasih. Uhu.. sedihlah pula.

Seminggu cuti tak ke mana kami sekadar di rumah saja melainkan Abang yang kerja macam biasa. Inilah natijahnya bila pasangan berlainan bidang kerjaya. Namun, cuti tetap bermakna jua. Kan ada Mujahid!! :D Dia makin banyak karenahnya, macam-macam ragamnya. Tak bagi peluang langsung saya nak online dengan aman. Asal saja saya duduk di kerusi goyang, mulalah dia pun hampiri saya nak duduk atas riba saya. Tak adalah dapat menaip sekadar surfing sajalah saya bila online.

Uhu, esok dah mula buka sekolah. Cuti sekolah dah habis. Apa yang pastinya, esok ada tugas baru untuk saya. TAZKIRAH depan budak-budak semasa perhimpunan. Hmm, apalah yang nak ditazkirahkan esok ye?? Oklah, nak cari bahan pula ni. Insya Allah ada masa peluang dan kesempatan, saya akan menaip lagi di sini.

Ilalliqa' ;D
Selasa, Mac 17, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

kisah semalam..

Salam petang selasa..

semalam nak menaip di sini tapi tak sempat jugak dek meragamnya mujahid. sejak akhir-akhir ini mujahid suka sungguh meragam, merengek nak dibelai, dipegang. kalau tak dilayannya, makin kuatlah merengeknya tu. tak pernah lagi mujahid macam ni. Sebelum ni dengan sesiapa pun dia nak berdukung tapi sekarang bila dah mula kenal orang, payah sikit. kena ambil masa nak kenal pulak.

jumaat malam lepas kan saya sekeluarga ke balung, ke rumah mak teh saya. dia tinggal di IPG tawau, sebelah dengan taman sri balung (sepupu abang ada seorang di situ). sesampai saja kami di sana, mujahid meragam sebab dah lama tak tengok toktehnya tu. dia duduk dalam pelukan saya. sesekejap dalam pelukan walidnya. kami sampai pun dah agak lewat, bertolak jam 9.30mlm sampainya jam 10.15mlm.

dah 15-20 minit tu barulah bergerak berjalan merata sekeliling ruang. Barulah mesra alam sikit. Dah kenal dengan Tok Teh, Tok Mat, Cik Na (yg menjaganya dulu), Cik Su Ain dan Cik Afiq. Dah boleh bergurau senda.

kami plan nak tidur semalaman saja memandangkan si shahir nak bawak kawannya datang rumah. shahir ni anak mak teh yang sebaya syikin adik saya, form 4 sekarang. dia masuk sm Teknik, sama macam abangnya saufi dulu. si saufi sekarang dah di politeknik dungun. malam tu sebelum tidur, habis ruang mujahid meronda menapak.

pagi esoknya kawan saya, cik ros dan yang dari lahad datu nak tumpangkan keretanya( kereta si yang) di rumah saya. jadinya dia minta datang ambil kereta di airport sebabnya dia nak balik trg. saya berbincanglah dengan abang, katanya baik tinggal di maktab saja dari rumah kita. dahlah kereta tu baru lagi, kalau tinggal di airport alamatnya memang nak cari penyakit. akhirnya kawan saya tu singgah jugak ke ipg tawau tu dan lepas sarapan kami hantar mereka berdua ke airport.

sekian..

Ahad, Mac 15, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

kisah suami isteri

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

Suami: 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...'

.....
dari putera.com

p/s: apa yang anda dapat dari kisah ini?? tersentuh kan?? betul jugak, andai sandaran kasih sayang kita berpandukan fizikal kita, sudah pastinya tidak bertahan lama. syukurlah hatinya masih pada si isteri. ;)
Ahad, Mac 01, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah hari ini..

Hari ni kami keluar ke bandar, membeli barang keperluan dapur sebenarnya. Kebetulan pulak bekalan air terputus sejak petang kelmarin lagi. Saya, bila tiada air di rumah memang tak dapat nak masak. Bukan tak ada simpan air dalam tong tapi alang2 kami nak keluar shopping, terus makan di luarlah.

Lepas sarapan di Waqaf TomYam Tawau, kami ke Giant. Mujahid pulak boleh terlena tu sebelum sampai sana. Nasib baiklah ada stroller dia. Menyoronglah saya masuk giant. Sebelum tu sempat saya belikan wallet untuk Abang sempena ulang tahunnya khamis lalu. Beli wallet cosway saja. Selesai shopping, kami plan ke rumah sepupu Abang, di bandar sri indah. Sebelum masuk kereta, tetiba datang seorang girl ni menyalami saya. Rupanya anak murid saya yang ikut familinya ke giant. Sempat jugak bertegur sapa dengan cikgu satu sekolah, kak mas dan suaminya yang juga selesai shopping.

Abg Japari(sepupu Abang) dah lama menetap di sini sejak mula posting mengajar lagi. Jodohnya pun orang tawau jugak. Kak Chaya, baik orangnya. Mereka dah ada 5 orang anak, 4 perempuan 1 lelaki. Yang sulongnya ting. 4 masuk sek. teknik. No. 2, lelaki ting. 2 tak silaplah. Ke 3,4 dan 5, perempuan. Darjah 5, tadika dan bongsunya 4 tahun. Sembang2 sambil dijamu makan bihun sup, sedar tak sedar dah 2 jam lebih kami di sana. Kami pun pulang dan sampai di rumah dalam jam 4.

Letih ni tapi sempatlah menaip di sini dulu. Nanti nak mandikan mujahid, air pun belum ada lagi ni. Hmm boring kan bila tiada bekalan air. Tak ada bekalan letrik boleh diterima lagi tapi bila air yang tak ada. Masalah tu!! MakTeh di Balung, khabarnya masih belum ada bekalan air lagi sejak 3 minggu lalu. Bayangkan macam mana nak hidup tu? Nak harapkan tong besar di bawah manalah larat kalau tinggal di tingkat 1. Berulang alik turun naik angkut air. Nasiblah MakTeh.. Mujur jugaklah anak sulong MakTeh, Shafiq ada.

Emm.. itulah je kot yang sempat di sini. Lain ketika lain cerita pulak ye. Take care semua. Jumpa lagi ;)
Sabtu, Februari 14, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Alkisahnya semalam

Salam petang sabtu ;)

Hari ni ada sesi sekolah ganti, menggantikan cuti berganti tempoh hari(ala cuti raya cina yang seminggu tu). Untung juga gantikan hari jumaat, jadinya kami pulang awallah jam 11.25 pagi tadi. Cuti ganti khamisnya dah pun dibuat 17 Jan lalu. Alhamdulillah dah berganti semuanya.

Pulang saya berjemput, cik abang bilang mahu cuci kereta pagi tadi. Tengok2, tak berubah pun. Rupanya dia keletihan tahap gaban, lepas hantar saya pagi tadi dia sambung tidur balik abang..abang. Mujur jugaklah dia terkejut awal, kalau tak menunggulah saya kat depan sekolah. Dek lapar kan baru bangun tidur(yelah tak bersarapan lagi), abang ajak makan di Rest. Sup Ekor Maskar(eh betul ke tidak ejaannya ni ye??) di Merotai sana. Kesiankan abang jadi saya turutkan dan sempat informkan kak ana, pengasuh mujahid.

Abang kata sup ekor di situ sedap. Kami sebenarnya dah pernah ke sana dulu(lupa sudah bila ye?), sekali. Memang sedaplah, padanlah sesiapa saja yang tau restoren tu hatta dari Sandakan atau Semporna ke pasti ke sana menjamu sup ekornya. Tadi kami order nasi putih dan sup campur, airnya saya teh limau dan abang ABC.

.
.
Opss..commercial break sekejap. Mujahid terjaga tu. Mencari susu dia..
.
.

Oklah, bersambung balik. Sebenarnya tak adalah nak ceritakan kisah hari ni. Itu mukaddimah saja ;D Mesti ikut tajuknya, kan. Semalam bagai yang dibagitau dalam entry sebelum ni, kami bawa mujahid ke hospital, bahagian kecemasan sebab dah 9+. Sampai kami di sana sudah jam 10 malam. Dah pre-check up, daftar nama, ambil no giliran, menunggulah kami. Lagi 7 orang sebelum turn kami.

Masa tu, adalah seorang pakcik tu(around 40-50 years, saya namakan pakcik X) sibuk menelefon, guna public phone. Tetiba terdengar pekikan "Dr india.. bab*.. saya Islam".. ada lagi tapi lebih kepada memaki (lebih kurang macam tulah, saya tak reti nak ajuk caranya sebab dari gayanya macam cina).Entah apalah yang dimarahkannya tu. Kalau suaranya tahap biasa tak adalah menarik perhatian sangat kan tapi ini bergema satu jabatan tu! Siap orang dalam bilik kecemasan tu pun menjenguk keluar, tengok apa sedang berlaku.

Yang saya perasan, sebelah pakcik X ada seorang pesakit(based on baju hijau hospital yang dipakainya, age around 20-an), siap pakai earphone lagi. Entah apa yang sedang didengarnya, mp4 atau dari hp ke tak tau saya. Bukan takat sekali tu tapi berulang kali pakcik X tu bertempik sampaikan saya yang duduk di kerusi dekat dengannya, naik seram jadinya. Setiap orang yang lalu depan dia, pasti pakcik X tu tanya nak pinjam hp/kredit. Semua yang ditanya jawab "dah habis.." atau "tak bawak handpone". Lawaknya pakcik X ada panggil Abang "ustaz..ustaz" tapi Abang tak berpaling pun (Abang membelakangi dia). Masa kami menunggu tu jugak, ada ambulans hantar mangsa kemalangan. Penuh darah pada badannya. Teruk jugaklah, terus dibawa ke bilik kritikal kecemasan.

Saya pun tukar tempat, jauh sikit buat2 kononnya mujahid meragam. Abang yang duduk depan saya, tak berganjak lagi tapi tak lama lepas tu dia pun beralih tempat. Dalam sejam tempoh menunggu (kebetulan ramai jugak yang sakit semalam), rasanya lebih 10x pakcik X tu bertempik kuat. Aduhh, sungguh tak bagus untuk pendengaran anakku..hhmmm.. Nurse dan staff di situ tak seorang pun melayan karenah pakcik X tu. Alih2 pakcik guard datang, tegur. Barulah slow down suaranya.

Sampai turn kami masuk, selesai segalanya kami pun pulang. Abang sebelum masuk bilik jumpa doktor, sempat dia bertanya pada staff nurse lelaki yang tua (sambil2 dia dukung mujahid). Rupanya pakcik X tu baru saja datang ke situ, pesakit tadi adiknya. Ada doktor(rasanyalah) yang lalu di situ suruh budak tu naik, masuk wad. Yang baru masuk bilik kritikal kecemasan tadi tu rupanya kemalangan sorang diri. Hilang kawalan kereta barangkali.

Setibanya di rumah, alahaii mengantuknya tak taulah. Sama2 mujahid dan Abang sekali, kami pun beradu. zzzZZZZZZZZ