Ahad, April 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

kisah 3 dalam 1

Salam malam isnin,

Maafkan saya andai mengecewakan anda semua yang menantikan cerita dari saya mengenai Mujahid mahupun kisah kami. Sebenarnya banyak masa saya sekarang ini lebih tertumpu kepada Mujahid. Dia makin aktif hinggakan tak tau nak berbuat apa dah. Bukanlah maksudnya hyperactive cuma saya yang tak tahu nak kawal keaktifan Mujahid sayangku ini dan ini bukanlah alasan semata-mata ;) dan bukannya saya tak update langsung. Lupa saya nak ingatkan, tolong namakan semula ya tajuk blog saya ni. Dah tukar tau, bukan lagi Mujahidku Sayang tapi Cebisan Kisah Insan Biasa.

Jumaat lepas berlangsungnya Majlis Permuafakatan dan Ceramah Kecemerlangan PMR bagi pelajar PMR di sebelah paginya dan Majlis Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar dan Mesyuarat Agung PIBG 2009 di sebelah petang. Dua acara yang julung-julung kali diadakan. Acara pagi tu hanya melibatkan guru-guru tingkatan tiga bersama ibu bapa pelajar. Saya pun ada mengajar tapi bukan subjek teras jadi tak terlibat sangat. Acara sebelah petang itulah yang kami semua guru Abaka terlibat.

Pagi semalam (11 April), saya sekeluarga bertolak ke Lahad Datu awal-awal pagi lagi sekadar menghabiskan masa cuti yang berbaki 2 hari. Lagi pun dah sekian lama merancang nak ke sana tapi tak kesampaian juga. Jadinya, selepas teman di sana maklum kedatangan kami barulah kami bergerak seawal jam 7 pagi. Dalam 9.30 pagi kami sampai tapi singgah makan dulu sebab tak sempat bersarapan dalam erti sebenar. Kami berehat di rumah Kak Siti (bekas Penyelia Petang SMK Paris, sekolah lama saya). Kak Sitilah yang tumpangkan saya dan Liana ke sekolah tiap hari dulu sehinggalah Liana beli MyVi sendiri. Kami sembang-sembang, bertukar cerita hinggalah jam 1.30ptg. Waktu nak bertolak balik, hujan tengah lebat dan Abang nekad nak balik juga, bimbang makin lewat gerak makin gelap di jalanan. Maklumlah perjalanan Tawau-Lahad Datu bukannya macam KL-N9.

Sebelum bergerak pulang, kami singgah makan lagi (bukan tak diajak makan tapi tak mahu menyusahkan orang tambahan pula Kak Siti kena ke sekolah pula sebelah petangnya (sekolah ganti untuk cuti raya nanti). Sekolah saya bakal gantikan tu minggu depan. Selesai makan, tepat jam 2 kami bertolak dan sempat singgah Kunak isi minyak kereta. Dalam jam 4.10 petang, kami singgah rumah Mak Teh di Balung sejam sebelm teruskan perjalanan lagi. Oleh sebab saya merancang nak beli sesuatu di PC Fair, jadinya kami singgah ke Dewan Masyarakat Tawau survey tengok apa yang ada. Syukurlah selesai urusan dan selamat sampai di rumah sebelum maghrib.

Itu kisah kelmarin. Mujahid malam ni awal lenanya, maklumlah penat keluar sejak tengah hari tadi sampailah ke petang tadi. Kami keluar makan dan ke PC Fair, beli apa yang dihajatkan, ke kedai perabot beli barang-barang yang dah dibook sebelumnya. Nak ke Giant sebelum pulang tapi Cikgu Lakarani call minta tolong cadangkan PC mana yang elok untuk dibeli. Rupanya dia nak belikan untuk kegunaan anak-anaknya. Jadi kami ke dewan sekali lagi dan bertemu Cikgu Lakarani di sana. Selesai saja terus kami pulang ke rumah.

Nanti gambar-gambar yang diambil saya uploadkan ya. Buat masa ni biarlah ceritanya dulu kalian tahu. Saya permisi dululah ya. Ada kerja menanti. Insya Allah dengan gambar-gambar yang dijanjikan. Wassalam.

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...