Ahad, Mac 22, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah seminggu

Salam hujung minggu..

Alahai lamanya tak menaip di sini. Bukannya tiada idea tapi tak dibenarkan Mujahidku comel itu. Manakan tidak, mahu saja online dah pun mintak ribakan dia. Kalau duduk diam-diam tak apalah juga tapi tangannya sibuk menekan sana menekan sini.

Entry terakhir sebenarnya tak dapat gunakan keyboard. Entah apalah silapnya cuma boleh cut and paste dengan mouse saja. Gara-garalah ni Mujahid asyik menekan keyboard. Uhu salahkan anak pula. 2, 3 hari juga tak dapat nak menaip dengan selesa (terpaksa tekan lelama barulah hurufnya keluar). Rupanya saya lupa telah aktifkan StickyKey dan FilterKey.

Seperti yang diberitahu awalnya, minggu lalu kami bermalam di rumah Mak Teh di IPG Tawau. Maklumlah dah lama tak ke sana. Mujahid, bila sampai lewat malam itu, mula merengek seolah-olah tak kenal. Dah lupa gamaknya nenek saudaranya tu. Awalnya malu-malu lagi tapi selang tak lama lepas tu dia pun aktif macam biasa.

Kami bermalam di sana 2 malam, asalnya semalam saja tapi bila dapat tahu Shahir tak jadi bawa kawannya, bertambahlah semalam lagi kami di sana. Seronok kan bila bersama keluarga sendiri. Bila merantau jauh, pada saudara sajalah kita menumpang kasih. Uhu.. sedihlah pula.

Seminggu cuti tak ke mana kami sekadar di rumah saja melainkan Abang yang kerja macam biasa. Inilah natijahnya bila pasangan berlainan bidang kerjaya. Namun, cuti tetap bermakna jua. Kan ada Mujahid!! :D Dia makin banyak karenahnya, macam-macam ragamnya. Tak bagi peluang langsung saya nak online dengan aman. Asal saja saya duduk di kerusi goyang, mulalah dia pun hampiri saya nak duduk atas riba saya. Tak adalah dapat menaip sekadar surfing sajalah saya bila online.

Uhu, esok dah mula buka sekolah. Cuti sekolah dah habis. Apa yang pastinya, esok ada tugas baru untuk saya. TAZKIRAH depan budak-budak semasa perhimpunan. Hmm, apalah yang nak ditazkirahkan esok ye?? Oklah, nak cari bahan pula ni. Insya Allah ada masa peluang dan kesempatan, saya akan menaip lagi di sini.

Ilalliqa' ;D

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...