Memaparkan catatan dengan label abaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abaka. Papar semua catatan
Ahad, Mei 15, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~

Selamat..Selamat...Selamat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Wah, panjangnya salam :) bagus apa kan? mendoakan kesejahteraan semua yg datang menjengah ke sini. Dapat pahala tu jawab salam sebab wajib tau! :D


Fuhhh! Punyalah lama tak mencoretkan sebarang kata di sini. Rindu gak bila tengok blog rerakan lain penuh kata-kata sedangkan blog sendiri tetap yang itu juga.

Dalam bulan ni banyak keraian yang disambut, kan? Hari Ibu, Hari Belia dan esok Hari Guru. Hmm, esok juga bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar menengah rendah SMK Abaka. Mudah-mudahan mereka bersedia sepenuhnya untuk menjawab soalan peperiksaan esok. Amien.

Nak upload gambar tapi no mood pulak sebabnya baby 'tak benarkan'. Hehe yelah taknak ditinggalkan sendirian dia. Awal pagi tadi walid dan abangnya dah keluar nak tengok sukan pasti kat padang depan pejabat kastam sana. Baby?? Hehe bagi yang mungkin belum dapat khabar, saya sebenarnya dah pun selamat bersalin secara czer tanggal 10hb Januari lalu dan lahirlah Qurratu Aina Mujahidah seberat 3.2kg (kurang 0.2kg saja dari abangnya, Mujahid).

Aina, begitulah panggilan kami kepadanya; sekarang dah pun 4 bulan lebih dengan beratnya yang makin bertambah. Sepatutnya khamis lepas kami perlu ke klinik untuk check up bulanan tapi kesulitan dihantar kerana Walid Aina ada peperiksaan selama 3 hari yang berakhir pada hari yang sama. Terpaksalah ditunda ke esok hari tapi rasanya tak ada apa pun sebab hanya nak tengok beratnya saja.

Oh, azan maghrib dah berkumandang. Permisi dululah ye. Insya Allah akan dicari ruang masa untuk menaip lagi di sini.
Jumaat, Julai 31, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sekolah ditutup gara-gara H1N1

Salam malam sabtu.

Sejak tengah hari tadi bila tahu saja SMK Pasir Putih ditutup kerana ada pelajarnya dijangkiti influenza A H1N1, tak lama lepas tu, dapat pula berita sekolah saya pun kena tutup atas kes yang sama. Nampak gayanya bertangguhlah ujian setara 2 yang dijadualkan bermula isnin depan.

Petangnya ada berita lagi tentang sekolah ditutup; SMK Kuhara dan SMK Jambatan Putih. Jiran saya yang mengajar di SMK Jambatan Putih dah demam sekarang, cuma belum dipastikan kerana jangkitan virus ini ataupun demam biasa saja. Lepas maghrib tadi, suami saya hantar sms beritahu ada lagi 3 buah sekolah ditutup; SMK Balung, SM Teknik dan SMK St Patrick menjadikan 7 buah sekolah setakat ini.

Inilah akibatnya bila langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan tidak diambil berat. Sesuatu yang boleh dikawal dan dijauhi akhirnya tersebar kerana sikap tidak kisahkan keselamatan dan kesihatan diri sendiri apatah lagi orang lain. Hmmm...

Kisah minggu ini..

Salam petang jumaat.

Syukurlah sempat juga saya online masa ni. Sebenarnya menunggu Mujahid lena memang makan masa yang lama. Nak harapkan dia tidur sendiri, jangan haraplah. Kekadang sengaja biarkan dia bermain seorang diri supaya cepat letih dan mengantuk.

Mujahid kalau bermain, bukannya dengan permainannya saja. Semua benda menjadi barang mainannya. Kalau ke dapur, periuk, pinggan mangkuk semua dia buat main. Tambah pula sekarang ni dia dah makin tinggi, boleh saja dia capai suiz dapur gas tu. Aduh! Memang bimbang sangat kalau dia ikut saya ke dapur. Lebih-lebih lagi bila saya tengah memasak. Sebab itulah tak suka biarkan dia ikut saya ke dapur.

Nak tengok Mujahid?? Ok, saya tunjukkan di bawah ni. :D



Di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat semasa cuti sekolah yang lalu


Mujahid semasa menunggu walidnya selesai solat di Masjid Jamek, Kundasang


Rabu lepas, saya membawa pelajar saya yang menjadi ahli Kelab Komputer sekolah ke Kolej Komuniti Tawau sebagai aktiviti tahunan kelab. Alang-alang ke sana, pihak kolej menawarkan kursus pendek kepada ahli kelab. Bagus juga kan, adalah faedah sampingan buat pelajar saya tu. Sekurang-kurangnya mereka dapat didedahkan dengan teknologi komputer, asas pengkomputeran dan cara pemasangan komputer. Cuma sayangnya tak sempat untuk aktiviti amalinya. Tapi saya galakkan mereka untuk ikuti kursus pendek selanjutnya di kolej komuniti secara sambilan pada hujung minggu supaya mereka dapat manfaatkan sijil yang mereka dapat.

Balik dari lawatan sambil belajar ke kolej komuniti, sesampainya di sekolah saya perasan adanya pelajar yang memakai topeng mulut (mask) yang biasa para doktor yang gunakan di hospital. Rupanya ada pemantauan H1N1 dari hospital. Kemungkinan ada pelajar yang dijangkiti virus berbahaya ini kerana ada yang mengikuti perkhemahan kaunseling (tak silap saya) dan dengarnya penceramah program tersebut pernah ke Hong Kong.

Sebelum balik tengah hari tadi, seorang rakan guru beritahu adiknya belajar di sekolah yang ditutup kerana H1N1. Bimbang dia akan kesihatan adiknya. Saya tak sangkalah pula sekolah saya pun kena tutup. Sudahlah sekolah dah rancang untuk adakan ujian setara kedua bagi tahun ini. Ini maknanya kena tangguh ke minggu berikutnya.

Hmm, bimbangnya saya kalau-kalau virus ni menular hingga menjangkiti kami pula. Jadi, marilah sama-samalah kita ambil langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan H1N1 ini. Aduh, sakit pinggang pula saya. Permisi dulu ya. Nak baring-baring sekejap.
Sabtu, Julai 11, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam penuh kerinduan buat semua..

Assalamualaikum..

Terasanya bila lama tak jengah ke sini. Maklumlah hidup ini banyak rencahnya, kena kerja, perlu juga berehat. Maaf dah tak terkira banyaknya diucapkan di sini kan? Namun saya yakin, semua masih ternantikan kisah kami sekeluarga. Entahlah apa yang menghalang saya untuk terus menaipkan cerita kami tapi insya Allah saya bakal aktif semula kelak.

Agak sibuk di sekolah. Bukannya tak ada masa untuk online dan bercerita di sini tapi semacam idea untuk menaip tu hilang. Kita kan nak berbuat sesuatu mesti ada mood. Gamaknya mood menaip saya kendur sejak balik bercuti ni sedangkan dah pun berjanji nak ceritakan di sini. Alahai ;)

Pertamanya, sekolah saya baru saja selesai acara sukan sekolah, sambutan hari puteri PPIM peringkat tawau, diikuti majlis restu PMR yang diadakan serentak dengan perasmian karnival bulan membaca di sekolah. Terkini kelab staf mengadakan solat hajat bagi guru abaka yang ditimpa musibah; anak cikgu mohammed dan cikgu dahlia yg mengidap sakit jantung berlubang, isteri cikgu hussin yang mengidap kanser. Semoga Allah perluaskan rahmatNya ke atas setiap hambaNya di dunia ini.

Apa ya nak ceritakan lagi? Oh ya, khamis lepas (2hb julai) adalah temujanji saya bersama mujahid di klinik tg batu. Mujahid kini bukan lagi seperti dulu, duduk saja melihat orang tapi dia yang bergerak ke sana sini. Naik tangga, tegur orang sana sini. Aduh penatnya mengejarnya dari asyik nak memanjat tangga. Nak tau berapa beratnya sekarang? Dah 15kg sedangkan dia baru 1 tahun 3 bulan 1 hari (masa tulah). Tingginya 84cm, kalau saya duduk di lantai paras ketinggiannya tu memang melebihi ketinggian saya ketika duduk. Bayangkan bila dia dah besar nanti, tentunya lebih tinggi dari saya tak ubah seperti tinggi walidnya.

Cerita sepanjang cuti lalu bakal diupkan kelak, maaf ya belum ada mood nak menaip cerita tu. Banyak pengalaman yang ditempuhi, tunggulah saya ceritakan ya. Di bawah ni ada gambar yang diambil semasa cuti lalu. Oklah tataplah kami ya. Permisi dulu. Nak ke rumah MakTeh sekejap.

Wassalam.




Atas bot di Sg Lawas, Sarawak.


Dalam perjalanan 30 Mei ke KK.
Rabu, Mei 20, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sekian lama menyepi :)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukurlah dapat juga berkesempatan nak menaip di ruangan sendiri ini setelah sekian lama menyepi. Bukanlah niat nak menghilang terus tetapi dengan deretan masalah yang timbul membuatkan saya diam seketika.

Masalah laptop yang diserang virus memang amat memeningkan kepala apatah lagi banyak hasil kerja di dalamnya. Nasib baiklah dah dibuat back up. Jadi, kepada sesiapa yang sering menggunakan komputer mahupun laptop (personel atau pejabat) selalulah buat back up ya ;)

Mujahid makin banyak keletahnya. Tiga minggu lepas dia kena demam campak. Kalut juga dibuatnya sebab tak ada pengalaman lagi kan tentang hal sebegini. Syukur jugak kak ana dan rakan lain banyak bagi petua untuk demam campak ni. Itulah hikmahnya jika ramai kenalan kan. ;D

Banyak program di sekolah sepanjang penyepian ini. Antaranya (terkini di atas ya)

* Minggu Peperiksaan Semester 1
* Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
* Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2008
* Undian Bagi Guruku Idolaku
* Program Usahawan Muda (PUM)
* Malam Kebudayaan semperna perkhemahan
* Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform
* Minggu Budi Bahasa & Pertandingan Forum Remaja
* Pertandingan Koir Peringkat Daerah Tawau
* Minggu Pendidikan Islam & Minggu Bahasa Melayu
* Latihan Kebakaran
* Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar & Ceramah Kecemerlangan PMR

Banyak gambar yang diambil semasa aktiviti-aktiviti di atas, insya Allah bakal diuploadkan ke sini. Cumanya penatlah saya nak mengecilkan saiz gambar dan memilih mana yang sesuai untuk tatapan semua di sini. Namun, usah tertunggu lama kerana sepanjang cuti ini saya akan gunakan kelapangan masa yang ada sepenuhnya untuk edit gambar-gambar dalam simpanan. Termasuklah upload gambar-gambar mujahid yang terkini. Tengoklah nanti ya ;D

Kiranya permisi dululah ya. Banyak lagi urusan yang perlu dibuat ni. Insya Allah kita bakal ketemu lagi di sini. Wassalam.
Ahad, April 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

kisah 3 dalam 1

Salam malam isnin,

Maafkan saya andai mengecewakan anda semua yang menantikan cerita dari saya mengenai Mujahid mahupun kisah kami. Sebenarnya banyak masa saya sekarang ini lebih tertumpu kepada Mujahid. Dia makin aktif hinggakan tak tau nak berbuat apa dah. Bukanlah maksudnya hyperactive cuma saya yang tak tahu nak kawal keaktifan Mujahid sayangku ini dan ini bukanlah alasan semata-mata ;) dan bukannya saya tak update langsung. Lupa saya nak ingatkan, tolong namakan semula ya tajuk blog saya ni. Dah tukar tau, bukan lagi Mujahidku Sayang tapi Cebisan Kisah Insan Biasa.

Jumaat lepas berlangsungnya Majlis Permuafakatan dan Ceramah Kecemerlangan PMR bagi pelajar PMR di sebelah paginya dan Majlis Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar dan Mesyuarat Agung PIBG 2009 di sebelah petang. Dua acara yang julung-julung kali diadakan. Acara pagi tu hanya melibatkan guru-guru tingkatan tiga bersama ibu bapa pelajar. Saya pun ada mengajar tapi bukan subjek teras jadi tak terlibat sangat. Acara sebelah petang itulah yang kami semua guru Abaka terlibat.

Pagi semalam (11 April), saya sekeluarga bertolak ke Lahad Datu awal-awal pagi lagi sekadar menghabiskan masa cuti yang berbaki 2 hari. Lagi pun dah sekian lama merancang nak ke sana tapi tak kesampaian juga. Jadinya, selepas teman di sana maklum kedatangan kami barulah kami bergerak seawal jam 7 pagi. Dalam 9.30 pagi kami sampai tapi singgah makan dulu sebab tak sempat bersarapan dalam erti sebenar. Kami berehat di rumah Kak Siti (bekas Penyelia Petang SMK Paris, sekolah lama saya). Kak Sitilah yang tumpangkan saya dan Liana ke sekolah tiap hari dulu sehinggalah Liana beli MyVi sendiri. Kami sembang-sembang, bertukar cerita hinggalah jam 1.30ptg. Waktu nak bertolak balik, hujan tengah lebat dan Abang nekad nak balik juga, bimbang makin lewat gerak makin gelap di jalanan. Maklumlah perjalanan Tawau-Lahad Datu bukannya macam KL-N9.

Sebelum bergerak pulang, kami singgah makan lagi (bukan tak diajak makan tapi tak mahu menyusahkan orang tambahan pula Kak Siti kena ke sekolah pula sebelah petangnya (sekolah ganti untuk cuti raya nanti). Sekolah saya bakal gantikan tu minggu depan. Selesai makan, tepat jam 2 kami bertolak dan sempat singgah Kunak isi minyak kereta. Dalam jam 4.10 petang, kami singgah rumah Mak Teh di Balung sejam sebelm teruskan perjalanan lagi. Oleh sebab saya merancang nak beli sesuatu di PC Fair, jadinya kami singgah ke Dewan Masyarakat Tawau survey tengok apa yang ada. Syukurlah selesai urusan dan selamat sampai di rumah sebelum maghrib.

Itu kisah kelmarin. Mujahid malam ni awal lenanya, maklumlah penat keluar sejak tengah hari tadi sampailah ke petang tadi. Kami keluar makan dan ke PC Fair, beli apa yang dihajatkan, ke kedai perabot beli barang-barang yang dah dibook sebelumnya. Nak ke Giant sebelum pulang tapi Cikgu Lakarani call minta tolong cadangkan PC mana yang elok untuk dibeli. Rupanya dia nak belikan untuk kegunaan anak-anaknya. Jadi kami ke dewan sekali lagi dan bertemu Cikgu Lakarani di sana. Selesai saja terus kami pulang ke rumah.

Nanti gambar-gambar yang diambil saya uploadkan ya. Buat masa ni biarlah ceritanya dulu kalian tahu. Saya permisi dululah ya. Ada kerja menanti. Insya Allah dengan gambar-gambar yang dijanjikan. Wassalam.
Khamis, April 09, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sibuknya..



Salam malam jumaat ;)

Hmm agak sibuk betul minggu ini. Dah selesai Pertandingan Puisi & Lagu Peringkat Daerah Tawau yang bertempat di sekolah saya akhir Mac lalu, kini nak uruskan Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar & Mesyuarat Agung PIBG 2009 pada hari Jumaat ini pula. Tugasnya masih sama; sediakan buku aturcara dalam bentuk brouser untuk tetamu yang datang. Syukurlah dah pun selesai.

Nampak kan logo di atas tu? Tak sabarnya nak tengok apa yang ada kat Dewan Masyarakat Tawau mulai esok (10 April) hingga Ahad (12 April). Sebenarnya memang ada planning nak beli something. Apa bendanya, nantilah saya khabarkan di sini.
Sabtu, Februari 07, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Hari Keluarga Abaka

Jom layan gambar² tadi.




Mujahid yang sedang mengantuk





Acara anak² mewarna



3 dara pingitan hehe ;D



Aktiviti membakar sayap ayam dan sate





Aksi di kolam mandi



Acara tiup belon sampai pecah



Ummi dan Mujahid ;)


Kak Mai dan Fariz


Lori yang terbalik masuk longkang tadi

Penatnya..

Salam hujung minggu..

Penat? Bukan penat urusin mujahid saja tau tapi baru balik dari hari keluarga. Sebenarnya kelab staff sekolah adakan hari keluarga abaka hari ini. Bertempat di Velop Recreation Club, Bombalai tak berapa jauh dari sekolah. Walau tak masuk apa-apa acara pun namun kepenatan tetap terasa. Sesampai di sana, mujahid mula meragam sebab tengah hari tadi dia tak tidur langsung. Nasib baiklah ada bawak strollernya dalam bonet kereta. Letak dia dalam stroller, lenalah dia yang sememangnya tengah mengantuk.

Saya sempat juga snap beberapa keping gambar tapi mungkin tak seberapa memuaskan. Maklumlah bukan pro yang mengambilnya. Yang pastinya, semua yang melihat mujahid sudah tentunya terkejut ada, geram ada, kagum pun ada. Alahaii, lupa saya ambilkan gambar mujahid dengan anak kak mai yang baru saja 1 tahun 4hb lepas.(Kak Mai ni sama² lapor diri tahun lalu dengan saya, sama² boyot sarat mengandung).

Ada makan², futsal (guru lelaki), bola jaring (guru perempuan) dan acara untuk anak² jugak; tiup belon hingga pecah, bawa bola pingpong dalam sudu dan acara mewarna. Di Velop Club ni ada kolam mandi untuk dewasa juga kanak² tapi dek petang tadi lewat diisi airnya jadi budak² kecik tu pakat bermain di ruangan dewasa sbb airnya masih cetek.

Saya taklah tunggu hingga habis programnya, oleh kerana kami ada anak kecil, bimbang keteguran nanti. Maklumlah tempatnya di tengah ladang. Syukurlah tiada apa² yang berlaku sepanjang jalan kecuali sebuah lori yang terbalik masuk longkang. Sempat snap sekali saja.

Hingga di sini dulu, mujahid memanggil sudah (beginilah cara orang Sabah bercakap) ;)
Isnin, Februari 02, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Cerita hari ini 2 Feb 2009

Salam hari isnin ;)

Permulaan hari di minggu baru. Tak semua orang bersemangat nak pergi kerja. Betul tak?? Haaa.. Jangankan kata ke pejabat, budak-budak pun malas nak ke sekolah sementelah lagi baru saja habiskan cuti 9 hari sebelumnya.

Kenapa saya kata begitu? Bila saya masuk ke kelas, minta keluarkan buku latihan yang diberikan sebelum cuti tempoh hari, rata-ratanya menjawab terlupa bawa. Itu yang katanya buat, belum lagi ditanya siapa yang tak buat latihan?? Macam manalah nak belajar kalau beginilah sikapnya?? Ehem.. itu baru budak sekolah, belum lagi tengok cikgu-cikgunya? Saya bukanlah nak mengatakan orang lain tapi diri saya sendiri. Tak salah kan, saling ingat mengingatkan antara kita? :)

KISAH I


Pagi tadi seawal jam 7 saya berada di sekolah, niatnya nak sertai perhimpunan pagi yang lazimnya diadakan sebelum masuk kelas. Semasa lagu sekolah sedang dinyanyikan, tetiba saya dengar suara pelajar perempuan menjerit. Mulanya sangka saya, pelajar tu main-main saja tapi makin berulang pula jeritan tu. Kebetulan pula saya berada hujung sekali dalam barisan guru yang sedang berdiri menghadap pelajar-pelajar lain. Sudahnya sayalah yang naik ke tingkat atas melihat apa yang berlaku.

Rupanya seorang pelajar perempuan sedang kehisteriaan. Menjerit-jerit dia, saya tak adalah sempat masuk kelas tu sebabnya dah ada guru lain. Hari ni pelajar tingkatan lima masih ada ujian EXCEL yang dah bermula sebelum cuti tempoh hari. Guru kelas pelajar tersebut kaunselor sekolah. Katanya budaknya itu memang begitu, sebelum cuti tempoh hari pun ada kes histeria. Barulah saya tau, budak yang sama rupanya.

Beberapa orang pelajar lain mengusung pelajar berkenaan ke bilik rawatan. Saya pun turut ke sana, bersama beberapa orang guru lain. Dari pengamatan saya, agaknya budak ni terlalu tertekan sehingga berlakunya histeria. Maklumlah ujian EXCEL (ujian untuk pelajar-pelajar Sabah sahaja) masih berlangsung. Ditambah pula tekanan dari rumah.

Tup-tup, seorang lagi pelajar perempuan diusung ke bilik rawatan. Pelajar yang membawanya tu bagitau dia pengsan semasa perhimpunan. Ditanya, dah sarapan ke belum, katanya sudah. Kebetulannya budak tu pernah saya ajar tahun lalu jadinya saya kenal dia.

Tak disangka banyak kes berlaku seawal pagi tadi. Saya pun tak adalah menunggu lama di sana kerana ada kelas sedang menanti saya untuk masuk mengajar. Hanya satu masa saja. Selesai kelas barulah saya ke kantin untuk sarapan pagi.

KISAH II

Oleh kerana kelas saya bakal ada selepas masa rehat, saya pun bersiap sedialah. Kemudian datang cikgu wan bagitau ada mesyuarat pusat akses tengah hari nanti jam 1.30ptg. Ah! Time balik tu. cuma di dalam hati. Bila cikgu Shima dapat tau, dia minta dipercepatkan memandangkan dia tiada kelas di waktu akhir, begitu juga saya. Jadinya cikgu wan cuba tengok balik jadualnya dan akhirnya dipercepatkan ke jam 1.

Saya pun masuk kelas dengan senang hati tapi tak sepenuhnya sebab namanya mesyuarat. Mana ada meyuarat yang setengah jam saja kan?? Tak kisahlah asalkan tak lewat sangat pulang. Sebelum waktu akhir, saya dah sampai di kelas 1G tapi pelajarnya tiada. Aik?? Ke mana pulak budak-budak ni? Saya tunggulah kot-kot 5,10 minit lagi akan masuklah bebudak ni. 5 minit.. 10 minit.. sampailah ke akhir waktunya tak nampak batang hidung budak-budak 1G ni.

Pelik saya jadinya, saya tunggulah sampai bebudak ni masuk kelas. Rupanya mereka ke surau untuk subjek BM. Alahaiii, sepatutnya maklumkanlah dulu sebelum ke sana. Sekarang mereka dah rugi 1 masa saya. Saya tinggalkan mereka dan pergi ke pusat akses pulak.

Dari mesyuarat tadi, saya dapat tahu rabu nanti kami bakal menerima lawatan penilaian dari BTP untuk Pusat Akses sekolah. Patutlah, dah suntuk masanya sedangkan pusat akses belum lengkap berhias lagi. Saya faham sesangatlah sebabnya penilaian ni untuk peringkat kebangsaan. Nampak gayanya besok kami berkampung di pusat akseslah sampai ke petang.

----

Alahai anakku sayang, dah bangun pun. Oklah, bakal bersambung lagi.