Rabu, Mei 20, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sekian lama menyepi :)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukurlah dapat juga berkesempatan nak menaip di ruangan sendiri ini setelah sekian lama menyepi. Bukanlah niat nak menghilang terus tetapi dengan deretan masalah yang timbul membuatkan saya diam seketika.

Masalah laptop yang diserang virus memang amat memeningkan kepala apatah lagi banyak hasil kerja di dalamnya. Nasib baiklah dah dibuat back up. Jadi, kepada sesiapa yang sering menggunakan komputer mahupun laptop (personel atau pejabat) selalulah buat back up ya ;)

Mujahid makin banyak keletahnya. Tiga minggu lepas dia kena demam campak. Kalut juga dibuatnya sebab tak ada pengalaman lagi kan tentang hal sebegini. Syukur jugak kak ana dan rakan lain banyak bagi petua untuk demam campak ni. Itulah hikmahnya jika ramai kenalan kan. ;D

Banyak program di sekolah sepanjang penyepian ini. Antaranya (terkini di atas ya)

* Minggu Peperiksaan Semester 1
* Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
* Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2008
* Undian Bagi Guruku Idolaku
* Program Usahawan Muda (PUM)
* Malam Kebudayaan semperna perkhemahan
* Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform
* Minggu Budi Bahasa & Pertandingan Forum Remaja
* Pertandingan Koir Peringkat Daerah Tawau
* Minggu Pendidikan Islam & Minggu Bahasa Melayu
* Latihan Kebakaran
* Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar & Ceramah Kecemerlangan PMR

Banyak gambar yang diambil semasa aktiviti-aktiviti di atas, insya Allah bakal diuploadkan ke sini. Cumanya penatlah saya nak mengecilkan saiz gambar dan memilih mana yang sesuai untuk tatapan semua di sini. Namun, usah tertunggu lama kerana sepanjang cuti ini saya akan gunakan kelapangan masa yang ada sepenuhnya untuk edit gambar-gambar dalam simpanan. Termasuklah upload gambar-gambar mujahid yang terkini. Tengoklah nanti ya ;D

Kiranya permisi dululah ya. Banyak lagi urusan yang perlu dibuat ni. Insya Allah kita bakal ketemu lagi di sini. Wassalam.

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...