Isnin, Februari 02, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Cerita hari ini 2 Feb 2009

Salam hari isnin ;)

Permulaan hari di minggu baru. Tak semua orang bersemangat nak pergi kerja. Betul tak?? Haaa.. Jangankan kata ke pejabat, budak-budak pun malas nak ke sekolah sementelah lagi baru saja habiskan cuti 9 hari sebelumnya.

Kenapa saya kata begitu? Bila saya masuk ke kelas, minta keluarkan buku latihan yang diberikan sebelum cuti tempoh hari, rata-ratanya menjawab terlupa bawa. Itu yang katanya buat, belum lagi ditanya siapa yang tak buat latihan?? Macam manalah nak belajar kalau beginilah sikapnya?? Ehem.. itu baru budak sekolah, belum lagi tengok cikgu-cikgunya? Saya bukanlah nak mengatakan orang lain tapi diri saya sendiri. Tak salah kan, saling ingat mengingatkan antara kita? :)

KISAH I


Pagi tadi seawal jam 7 saya berada di sekolah, niatnya nak sertai perhimpunan pagi yang lazimnya diadakan sebelum masuk kelas. Semasa lagu sekolah sedang dinyanyikan, tetiba saya dengar suara pelajar perempuan menjerit. Mulanya sangka saya, pelajar tu main-main saja tapi makin berulang pula jeritan tu. Kebetulan pula saya berada hujung sekali dalam barisan guru yang sedang berdiri menghadap pelajar-pelajar lain. Sudahnya sayalah yang naik ke tingkat atas melihat apa yang berlaku.

Rupanya seorang pelajar perempuan sedang kehisteriaan. Menjerit-jerit dia, saya tak adalah sempat masuk kelas tu sebabnya dah ada guru lain. Hari ni pelajar tingkatan lima masih ada ujian EXCEL yang dah bermula sebelum cuti tempoh hari. Guru kelas pelajar tersebut kaunselor sekolah. Katanya budaknya itu memang begitu, sebelum cuti tempoh hari pun ada kes histeria. Barulah saya tau, budak yang sama rupanya.

Beberapa orang pelajar lain mengusung pelajar berkenaan ke bilik rawatan. Saya pun turut ke sana, bersama beberapa orang guru lain. Dari pengamatan saya, agaknya budak ni terlalu tertekan sehingga berlakunya histeria. Maklumlah ujian EXCEL (ujian untuk pelajar-pelajar Sabah sahaja) masih berlangsung. Ditambah pula tekanan dari rumah.

Tup-tup, seorang lagi pelajar perempuan diusung ke bilik rawatan. Pelajar yang membawanya tu bagitau dia pengsan semasa perhimpunan. Ditanya, dah sarapan ke belum, katanya sudah. Kebetulannya budak tu pernah saya ajar tahun lalu jadinya saya kenal dia.

Tak disangka banyak kes berlaku seawal pagi tadi. Saya pun tak adalah menunggu lama di sana kerana ada kelas sedang menanti saya untuk masuk mengajar. Hanya satu masa saja. Selesai kelas barulah saya ke kantin untuk sarapan pagi.

KISAH II

Oleh kerana kelas saya bakal ada selepas masa rehat, saya pun bersiap sedialah. Kemudian datang cikgu wan bagitau ada mesyuarat pusat akses tengah hari nanti jam 1.30ptg. Ah! Time balik tu. cuma di dalam hati. Bila cikgu Shima dapat tau, dia minta dipercepatkan memandangkan dia tiada kelas di waktu akhir, begitu juga saya. Jadinya cikgu wan cuba tengok balik jadualnya dan akhirnya dipercepatkan ke jam 1.

Saya pun masuk kelas dengan senang hati tapi tak sepenuhnya sebab namanya mesyuarat. Mana ada meyuarat yang setengah jam saja kan?? Tak kisahlah asalkan tak lewat sangat pulang. Sebelum waktu akhir, saya dah sampai di kelas 1G tapi pelajarnya tiada. Aik?? Ke mana pulak budak-budak ni? Saya tunggulah kot-kot 5,10 minit lagi akan masuklah bebudak ni. 5 minit.. 10 minit.. sampailah ke akhir waktunya tak nampak batang hidung budak-budak 1G ni.

Pelik saya jadinya, saya tunggulah sampai bebudak ni masuk kelas. Rupanya mereka ke surau untuk subjek BM. Alahaiii, sepatutnya maklumkanlah dulu sebelum ke sana. Sekarang mereka dah rugi 1 masa saya. Saya tinggalkan mereka dan pergi ke pusat akses pulak.

Dari mesyuarat tadi, saya dapat tahu rabu nanti kami bakal menerima lawatan penilaian dari BTP untuk Pusat Akses sekolah. Patutlah, dah suntuk masanya sedangkan pusat akses belum lengkap berhias lagi. Saya faham sesangatlah sebabnya penilaian ni untuk peringkat kebangsaan. Nampak gayanya besok kami berkampung di pusat akseslah sampai ke petang.

----

Alahai anakku sayang, dah bangun pun. Oklah, bakal bersambung lagi.

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...