Khamis, Mac 17, 2022 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

Mengawas SPM untuk kesepian kalinya

Assalamu'alaikum wbt, Selamat pagi.

Menyempatkan diri menaip kisah diri dan keluarga sementara ada masa. Sebenarnya saya mengawas SPM 2021 untuk sekian kalinya. Kenapa cakap begitu? Ya, dulu dah pernah mengawas semasa masih di Tawau. Lebih daripada 4 kali jugalah meraih pengalaman mengawas peperiksaan awam ni, bukan hanya SPM malah PMR juga sebelum ditukar ke PT3 dulu.

Sejujurnya, saya tak minta tapi diarahkan mengawas. Ya, saya menurut perintah. Namun, pengalaman setiap orang berbeza kan. Dulu di Tawau, suasana keadaannya berbeza dengan situasi di sini. Sekolah yang saya mengawas ini letaknya sebelah pantai. Belum sempat nak beriadah di pantai sini memandangkan tak tinggal lama di sini. Saya ulang alik tau dari Kemaman ke sini tiap kali giliran mengawas.

Oh ya, ada satu berita baik. Syukurlah suami dah dapat ditukarkan ke Kemaman Ogos lalu. Tak sangka rezekinya mudah memandangkan ada staf daripada Putrajaya yang sepatutnya masuk Kemaman tapi minta masuk Kuala Terengganu atas alasan dekat dengan rumahnya. Suami pun dalam senda gurau sanggup ditukarkan ke Kemaman dan ketuanya luluskan permohonan suami selepas itu. Inilah dikatakan rezeki tak salah alamat.

Jadi, anak bongsu saya dah bersama ayahnya di rumah kami. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah penghuni rumah tak terbiar kosong.

Pagi ni, pelajar menjawab kertas Prinsip Perakaunan 1 dan 2. Tenang saja suasana sekarang dengan hujan renyai di luar. 

Aduhai, sayunya rasa pabila selesai mengawas nanti. Dah tak nampak pantai lepas ni. Moga-moga ada rezeki lepak tepi pantai kelak. Tapi pantai kat rumah saya pun ada, mengada nak pantai lain hehe

Oklah dah mengarut pulak ni. Hingga jumpa lagi.
'eh ada ke yg baca ni?'
Isnin, Julai 05, 2021 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

PKP, PKPD

 Assalamualaikum wbt

Allahu akbar. Lama betul tak bercerita kat sini kan? Banyak perkara dah berlaku sepanjang tempoh senyap sunyi saya.

Sebenarnya syukur alhamdulillah saya dah kembali ke negeri kelahiran saya, walaupun terpaksa bertugas di negeri jiran. Semua tahu kan sebelum ni saya mengajar di negeri bawah bayu sana sejak 2007 lagi. Hampir 14 tahun saya merantau akhirnya dapat juga kembali.

Namun cerita sedihnya saya terpaksa terpisah dengan keluarga saya uhuks 😭😭 sebabnya kami dah tak tinggal sebumbung lagi. Inilah namanya pengorbanan. Saya ditugaskan di Kuantan manakala suami pula di Kuala Terengganu sana. Anak-anak pun sama, seorang di asrama AKMAL Terengganu dan seorang lagi bersama mak saya.

Gara-gara pandemik Covid-19 dan PKP segala macam ni, anak sulong saya terpaksa balik daripada tinggal di asrama. Semua bakal hafiz dan hafizah pulang ke rumah masing-masing. Syukurlah suami saya ada uruskan si abang kat sana. Si adik pula sendirilah dia kat kampung sebab saya kena berada di stesyen atas arahan JPN. Kami kan penjawat awam yang mendengar arahan hehe 😆😄😄

Awal rancangannya nak baliklah hujung minggu bebaru ni tetapi perancangan Allah jua yang hebat. Terpaksa tinggal dulu di Kuantan sini kerana PKPD. Dah 2 minggu ni tak jumpa anak. Harap boleh dengar suara dan nampak muka masa video call saja. Semoga semuanya lekas berlalu tanpa kesan.

Oklah, lain kali pula kita sembang ya. Eh bercerita 😁 almaklumlah lama tak menaip panjang-panjang begini. Hingga jumpa lain waktu, jaga diri jaga iman. Ilalliqa'



Isnin, Ogos 03, 2020 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

Video Raya Aidiladha 1441H


Salam Idul Adha 1441H. Sejak PKP hinggalah sekarang, kisah hidup saya sekeluarga tak banyak berubah sangat walau pun boring jugalah semasa berkurung dalam rumah sendiri. Namun ada hikmahnya kan.

Awal bulan Julai, saya ada sertai Akademi Youtuber anjuran Edidik Malaysia yang keahlian sekarang 32 ribu lebih tau. Sekadar nak asah balik minat pada ICT dan inilah hasilnya. Sebenarnya dah banyak kali buat tapi biasalah selalu saja tak puas hati.

Harap kalian sudi like, subscribe dan komen ya Saluran Ustazah Tni



Isnin, Januari 27, 2020 | By: ~Ummi Mujahid~

Catatan Sulung Januari 2020

Assalamu'alaikum wbt semua 😀

Bismillah. Pertamanya bersyukur ke hadrat Ilahi yang masih memanjangkan lagi usia saya untuk yang ke ehem ehem 😉😉 dengan anak-anak yang semakin membesar.

My Mujahid, masih ingat?? Anak teruna saya yang meninggi sekarang, lebih tinggi dari saya tau. Maklumlah baka atuk sebelah suami memang tinggi. Akhir 2 tahun lalu dia masih setinggi saya dan Umminya ni akur anak memang lagi tinggi dari dirinya 😄 Mujahid saya bakal menduduki UPSR September nanti. Tak sedar kan masa berlalu.

My Aina pula, dah tumbuh menjadi anak dara yang boleh diharap. Maksudnya, boleh disuruh mana-mana yang patut. Syukurlah dia pun gembira dapat bantu saya buat kerja-kerja rumah termasuk abangnya. Hasil didikan suami juga ni 😁😁

Oklah disambung lagi lepas ni. In Sha Allah
I
Sabtu, November 30, 2019 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

Alkisahnya setelah sekian lama menyepi

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah bersua kembali saya ke alam maya ini setelah sekian lama menyepikan diri. Bukan sekejap menyepinya ni kan? 🙂🙂

Syukurlah Allah masih memberi kesempatan untuk menikmati hidup yang fana ini. Apa pun hidup mesti diteruskan betul tak?

Terakhir kali mencoret di sini 8 tahun lalu. Wah satu jangka masa yang panjang kan. Anak-anak pun dah makin membesar. Macam-macam terjadi dalam tempoh masa ni. Sekolah pun dah bertukar sejak tahun lepas.

Semoga kembalinya saya ke alam maya ini membawa kebahagiaan tersendiri buat diri ini dan rakan sekeliling hendaknya 🙂🙂 Hingga jumpa lagi di lain kesempatan.

Rabu, September 04, 2019 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

Lagi pesanan buat anak-anak yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan awam

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada Ust. Zahazan Mohamed
(YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa.

2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.

3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.

4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab.

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain.

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ...

Wallahua'lam.

#buat semua calon PEPERIKSAAN UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, PAV& SPMU 2019.

Pesanan buat Ibu Ayah demi anak-anak

Kepada Ibu Bapa yang mempunyai anak² untuk mengambil peperiksaan
SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM amalkan zikir ini kekuatannya dari Asmaul Husna.

(Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna.)

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak² sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak² ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna...

Salam dari Kasturi Syifa’.

Buat semua calon SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM 2019, Semoga beroleh kejayaan cemerlang

Ps: Share ramai ramai ya.
Rabu, September 06, 2017 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

Kerap Makan Jajan Sebelum Usia 3 Tahun Boleh Beri Kesan Pada IQ Anak. Ibu Ayah Tolong Jangan Bagi Anak Makan Jajan Ya!

Kerap Makan Jajan Sebelum Usia 3 Tahun Boleh Beri Kesan Pada IQ Anak. Ibu Ayah Tolong Jangan Bagi Anak Makan Jajan Ya!: Hari ini ramai ibu bapa suka berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan kawan-kawan di tadika atau taskanya dengan cara memberi goodie bag berisi makanan ringan atau jajan.
Jumaat, Januari 02, 2015 | By: ~Ummi Mujahid~
Khamis, Ogos 04, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~
Isnin, Mei 16, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~

Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia



Untuk semua warga pendidik 1Malaysia
Moga usaha dan jasa kita tak dipersiakan
Ahad, Mei 15, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~

Selamat..Selamat...Selamat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Wah, panjangnya salam :) bagus apa kan? mendoakan kesejahteraan semua yg datang menjengah ke sini. Dapat pahala tu jawab salam sebab wajib tau! :D


Fuhhh! Punyalah lama tak mencoretkan sebarang kata di sini. Rindu gak bila tengok blog rerakan lain penuh kata-kata sedangkan blog sendiri tetap yang itu juga.

Dalam bulan ni banyak keraian yang disambut, kan? Hari Ibu, Hari Belia dan esok Hari Guru. Hmm, esok juga bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar menengah rendah SMK Abaka. Mudah-mudahan mereka bersedia sepenuhnya untuk menjawab soalan peperiksaan esok. Amien.

Nak upload gambar tapi no mood pulak sebabnya baby 'tak benarkan'. Hehe yelah taknak ditinggalkan sendirian dia. Awal pagi tadi walid dan abangnya dah keluar nak tengok sukan pasti kat padang depan pejabat kastam sana. Baby?? Hehe bagi yang mungkin belum dapat khabar, saya sebenarnya dah pun selamat bersalin secara czer tanggal 10hb Januari lalu dan lahirlah Qurratu Aina Mujahidah seberat 3.2kg (kurang 0.2kg saja dari abangnya, Mujahid).

Aina, begitulah panggilan kami kepadanya; sekarang dah pun 4 bulan lebih dengan beratnya yang makin bertambah. Sepatutnya khamis lepas kami perlu ke klinik untuk check up bulanan tapi kesulitan dihantar kerana Walid Aina ada peperiksaan selama 3 hari yang berakhir pada hari yang sama. Terpaksalah ditunda ke esok hari tapi rasanya tak ada apa pun sebab hanya nak tengok beratnya saja.

Oh, azan maghrib dah berkumandang. Permisi dululah ye. Insya Allah akan dicari ruang masa untuk menaip lagi di sini.
Isnin, Mac 14, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


sumber : Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.


p/s: so lepas ni kena hati² bila memilih botol susu anak..
Jumaat, Februari 04, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~
Jumaat, Oktober 15, 2010 | By: ~Ummi Mujahid~

Panduan Lengkap Bagi Mereka Yang Belum Dapat Zuriat!

Assalamualaikum wr wbt dan salam hormat buat semua teman dan rakan yang menjengah ke sini,

Saya ada satu berita baik bagi mereka yang belum dikurniakan cahayamata.


Sempena dengan Bulan Jun sebagai Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa (World Fertility Awareness Month) satu panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan telah dilancarkan dalam bentuk ebook. Ebooknya bertajuk ‘Rahsia Mudah Hamil’. Ia ditulis oleh sepasang suami isteri yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum dikurniakan zuriat. Ini telah menggerakkan mereka untuk membuat satu kajian yang mendalam terhadap ilmu-ilmu tentang kesuburan. Oleh kerana kedua-dua mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Genetik dan Sains Pemakanan, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari sumber-sumber yang jarang dicapai oleh kebanyakan orang.


Apa yang menariknya, mereka telah membuat kajian selama 3 tahun sehingga terhasillah suatu bentuk penulisan yang saya rasa merupakan satu sejarah di Malaysia kerana menurut penulis, setakat ini tidak pernah ada satu pun buku lebih-lebih lagi ebook yang ditulis khusus untuk golongan yang sukar dapat zuriat.


Hasil kajian mereka selama 3 tahun itu, mereka telah berjaya menghasilkan satu ebook setebal kira-kira 300 m/s yang penuh dengan informasi dan panduan yang praktikal. Tetapi oleh kerana terlalu tebal, mereka telah mengeluarkan 1 bab dari ebook tersebut untuk diterbitkan sebagai ebook yang kedua nanti. Walaupun begitu, ebook Rahsia Mudah Hamil masih cukup tebal bagi kategori ebook sebab ia berjumlah 212 m/s.


Daripada 212 m/s ebook Rahsia Mudah Hamil itu, penulis telah memetik satu bahagian dari ebok tersebut sebanyak 23 m/s dan diberikan secara percuma dalam bentuk report yang sangat praktikal bertajuk ‘Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’. Ia mula diedar sejak Oktober 2008 dan sehinga Mei 2009 dan telah dimuatturun dan dibaca oleh 1426 orang. Dalam tempoh tersebut, beliau menerima beberapa email daripada pembaca yang memberikan pengakuan ikhlas mereka bagaimana dengan report percuma 23 m/s tersebut, dengan izin Allah swt mereka telah berjaya hamil anak pertama.


Ya..itu hanya 23 m/s. Bagaimana pula dengan 212 m/s. Kata penulis, beliau yakin setiap orang yang membeli Ebook Rahsia Mudah Hamil, sudah pasti mereka akan membeli ebook susulan kedua mereka nanti.


Yang paling menakjubkan, penulis telah membongkarkan sebanyak 15 kaedah untuk mengesan hari-hari subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Sesuatu yang sangat-sangat jarang diketahui oleh semua orang. Semuanya didapati dari sumber-sumber kajian saintifik seperti buku rujukan luar negara dan jurnal-jurnal perubatan.


Sebenarnya banyak lagi intro tentang isi kandungannya, kalau anda mahu tahu lebih lanjut, apa kata anda singgah sebentar ke Laman Jualan ebook Rahsia Mudah Hamil di:
http://www.mudahhamil.com/index.php?ref=UmmiMujahid.

Di laman jualan tersebut terdapat ulasan mereka yang diberi peluang untuk membacanya lebih awal. Kesemua mereka benar-benar kagum dengan isi kandungan ebook tersebut.


ikhlas,

Ummi Mujahid a.k.a Tni Isma

Ahad, Oktober 03, 2010 | By: ~Ummi Mujahid~

Bukan Sengaja Malas

Oleh ADHAM SHADAN (KOSMO! Online)


SDEPRESI atau stres juga boleh menyebabkan individu menjadi malas.



ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.
Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.
Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur, Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.
Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi, menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.


SESEORANG itu mungkin malas kerana kurang pengetahuan tentang apa yang sepatutnya dilakukan.



Subjektif
Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu.
Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.
Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur malas boleh berubah.
Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.
Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.
"Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan," ujarnya.
Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.
Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.


AZRUL ROZAIMAN



Beban kerja
Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.
Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.
Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.
Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.
Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.
"Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas.
"Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan," ujarnya.
Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.
Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.
Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada tahun 1978.
"Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.
Minat
"Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.
"Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas," ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.
"Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?
"Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan," katanya.
Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.
"Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan," katanya.


INTERAKSI yang wujud antara bos dan para pekerja mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti.



Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.
"Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus," ujarnya.
Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.
"Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?
"Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur tujuh tahun.
"Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat," katanya.


p/s: banyak punca rupanya ye, kena insafi diri lagi nih!
Jumaat, September 10, 2010 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam Aidilfitri 1431H buat semua kenalan


Salam Ramadhan yg bakal berakhir tak lama lagi. Maaflah sbb sekian lama menyepikan diri. Di kesempatan yg ada ini, saya mohon ampun maaf andai ada tersalah bicara, tersinggung perasaan, tersilap laku pendek kata segalanyalah, moga lebaran kali ini kita menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya insya Allah.

Tahun ni planningnya mmg nak balik kedah tapi dgn keadaan saya yg sedang berbadan dua ini terpaksalah ditunda ke tahun berikutnya insya Allah. Travel jauh2 time mengandung memenatkan badan, biarlah kami beraya di sini saja. Maklumlah belum pernah lagi beraya puasa di kg suami sejak menetap di Tawau. Kebetulan turn tahun lepas sempatlah di kg saya, :D itu yg seronoknya. Raya puasa dgn raya haji mana nak sama kan?

Kad di atas ni gambar raya haji 2008, Mujahid pun belum setahun lg masa tu. Gambar raya tahun lepas di Trg, tak pasti simpan kat mana, insya Allah ada masa nanti saya carikan ye. Tak banyak bergambar pun.
Uih panjang plak celoteh kali ni. Tak apalah, lepaskan gian hehe ;)

Hingga ketemu lagi di kesempatan yg lain ye, Wassalam.

p/s: Bagi yg balik kg, berhati2lah di jalan raya. Pastikan kenderaan anda diservis sebelum pulang. Anak2 kecil plak usahlah dibiarkan bermain mercun, bingitkan telinga dan mencemarkan suasana saja. Setakat bunga api bolehlah lagi.tp pastikan dipantau. Malang tak berbau, elak selagi boleh ye ;) Yg balik bercuti tu jangan lupa kami di sini ye, maklumlah dah bertahun beraya di perantauan saja.
Khamis, April 01, 2010 | By: ~Ummi Mujahid~

Genap 2 tahun sudah

Salam hari khamis, esok dah jumaat kan.. cuti lagi tu :D

Uhu, lamanya menyepi. Maaf pun dah berjuta kali gamaknya kan, memang itulah yg nyata. Kisah yg nak dibawa arini.. Genap 2 tahun sudah anak teruna saya yang masih seorang lagi nih. Hehe rezeki nak tambah lagi satu belum tiba ;P

Ni ucapan selamat dari to'ki Mujahid;
Salam Nor, Md Noor, ayah, emak, adik2 di rmh ucap selamat hari lahir ulang tahun ke 2 buat Mujahid. Didoakan Mujahid membesar sebagai mukmin yg soleh, beriman, & bertakwa. Didiklah dia sebaiknya, Insya Allah

Yg ni pula dr Pak Anjang;
Selamat hari lahir ke 2 buat Mujahid..moga membesar menjadi muslim cemerlang, sihat sokmo, pandai berdikari, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dirahmati Allah selalu; dr seku & lini

dan yg lain.. terima kasih bebanyaklah atas tiap ucapan dan doakan kalian. Semoga makbullah doa kalian atas Mujahid. Amien. :)

Titipan doa dikirimkan semoga anugerah Ilahi yg tak ternilai ini benar2 menjadi anak yg soleh dan insan berguna buat nusa bangsa juga agama.