Khamis, April 01, 2010 | By: ~Ummi Mujahid~

Genap 2 tahun sudah

Salam hari khamis, esok dah jumaat kan.. cuti lagi tu :D

Uhu, lamanya menyepi. Maaf pun dah berjuta kali gamaknya kan, memang itulah yg nyata. Kisah yg nak dibawa arini.. Genap 2 tahun sudah anak teruna saya yang masih seorang lagi nih. Hehe rezeki nak tambah lagi satu belum tiba ;P

Ni ucapan selamat dari to'ki Mujahid;
Salam Nor, Md Noor, ayah, emak, adik2 di rmh ucap selamat hari lahir ulang tahun ke 2 buat Mujahid. Didoakan Mujahid membesar sebagai mukmin yg soleh, beriman, & bertakwa. Didiklah dia sebaiknya, Insya Allah

Yg ni pula dr Pak Anjang;
Selamat hari lahir ke 2 buat Mujahid..moga membesar menjadi muslim cemerlang, sihat sokmo, pandai berdikari, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dirahmati Allah selalu; dr seku & lini

dan yg lain.. terima kasih bebanyaklah atas tiap ucapan dan doakan kalian. Semoga makbullah doa kalian atas Mujahid. Amien. :)

Titipan doa dikirimkan semoga anugerah Ilahi yg tak ternilai ini benar2 menjadi anak yg soleh dan insan berguna buat nusa bangsa juga agama.

1 komen teman:

Syuhada Kamal berkata...

salam ummi..

selamat hari lahir buat mujahid..dh besar dah die yer..:)..semoga mujahid jadi anak yg soleh, penyejuk mata & penawar hati ibu n ayah...

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...