Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Rabu, April 01, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Gambar Mujahid utk tatapan semua

Berikut adalah antara gambar-gambar Mujahid untuk tatapan semua pengunjung.



Ni gambar sebelum berangkat balik ke Marang
Ni di kedai makan kat Tawau

Meniarap di rumah Mak Tum(Marang)
close up Mujahid. Ni tengah bersiap nak balik kampung (Marang)Masa ni walid Mujahid tak ada, masih di Tawau.

Setahun sudah.. ;D

Salam hari rabu ;)

Uhu lamanya tak menaip di sini. Maaflah ya bagi yang mengikuti kisah saya ini. Sebenarnya saya tidaklah terus menyepi tanpa mengadap laptop ini tetapi cuma tidak nukilkan sesuatu di sini. Saya masih aktif tetapi di belakang tabir saja. eh ada tabir ke? ;)

Bak tajuk di atas tu, tepat jam 1.46 pagi tadi maka genaplah MUHAMMAD USAMAH MUJAHID anak teruna saya yang comel lote gendut tu berusia setahun. alahai, gendut?? Anak sepupu suami yang mulakan kata Mujahid gendut. Gendutkah dia? Hmm tengoklah gambar terkininya nanti.


Gambar ni diambil dr hp abg sepupu(hp baru beli)


Banyak sebenarnya nak dikisahkan di sini tapi biasalah banyak kerja betul di sekolah saya sekarang ni. Sabtu lepas 28 Mac adanya pertandingan puisi dan lagu peringkat daerah, sekolah saya jadi tuan rumah. Pelajar sekolah pula berjuang untuk ujian setara bermula rabu lepas hinggalah isnin bebaru ini. Sekarang ni kenalah tanda kertas soalan mereka.

Cukup dulu untuk kali ini, insya Allah bakal bersambung kelak. Gambar-gambar Mujahid bakal saya upload selesai saya menanda semua kertas ujian anak murid saya ya. Lagi 3 kelas mahu ditanda.

Permisi duluan ya. Wassalam.

p/s: Oleh sebab dah lama tak ada berita, jadi saya dahulukan mana-mana gambar Mujahid
Ahad, Mac 08, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah hari ini..

Salam malam isnin..

Bila tengok gelagat mujahid hari ini, gelak saya sendirian. Sebabnya macam-macam yang dibuatnya bagai tak kenal erti penat langsung. Ke mana saja saya pergi, dia ikut jugak dengan langkahnya yang belum stabil betul lagi. Kalau berjalan saja mungkin tak adalah heran sangat kan tapi ini dengan huha huha mulutnya entah apalah yang dingomelkannya tu.

Mulanya memang nak rakamkan aksinya tu tapi tak tau ke mana perginya kamera digital saya tu? Walid mujahid ni kalau menyimpan mananya nak ingat mana letak. Hish tak baik marah suami hehe ;p suami saya pengemas orangnya berbanding dengan saya nih. Pantang berselerak barang dalam rumah ni mesti dikemasnya. Sebab itulah sepadan saja kami ni hehe ;D

Lewat petang tadi barulah jumpa kamera tu. Rupanya tersimpan dalam kabinet tv. Pada awalnya tu macam rosak pulak shutternya tapi bila ditukar baterinya barulah ok. Agaknya bateri low sangat kot.

Ni saya uploadkan rupa mujahid terkini.



kena umpan dulu baru boleh gunting sikit kat depan tu. asal boleh nampak dahi, sudahlah.



tiap kali saya nak online, dia pun sibuk naik atas riba saya.


Oklah tu saja buat kali ini. Jumpa lagi kelak. ;)
Jumaat, Mac 06, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

lagi-lagi mujahid


nampak tak gigi mujahid??


entah siapalah yang ajar nih??
di sabah ni, kalau si anak buat begitu tandanya dia nak adik.. uhuu biarlah besar sikit ye mujahid :)


gambar yang tengah2 tu mujahid sedang berdiri tau

tawau @ night

my lovers
Khamis, Februari 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Gambar mujahid dan nenek




Salam petang khamis yang sepi.

Di atas, ada saya uploadkan gambar aunie husna, sepupu mujahid a.k.a anak menakan/saudara saya. Bakal 1 tahun 3.3.09 nanti, tua hampir sebulan dengan mujahid tapi tak sebesar mujahid.

Bawahnya, mujahid (cicit) dengan nenek(tok, panggilan sebelah walid) yang dah berumur 80+ (tak silap saya, dah 84 tahun). Tinggal di Kg. Kubur Panjang, Kedah.

Em, itulah yang sempat petang ni. Mahu pamitan dulu ye, walid mujahid sedang menunggu di sana.

Ilalliqa' ;D
Isnin, Februari 09, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Aksi Mujahid memanjat tangga

Jom tengok mujahid memanjat tangga..






Tengok,nak ke mana tu??


Inilah kerusi goyang yang kami gunakan bila nak online.

Ahad, Februari 08, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Mujahid merajuk?!




Salam malam isnin..

Saja saya uploadkan gambar di atas ni, tengoklah ragam mujahid bila disekat kemahuannya. Biasalah bila anginnya disekat, mulalah merajuk. Itu sebelum masa mandi petang jumaat lalu. Mujahid pantang tengok tangga tanpa penghadang, mesti nak naik. Kalau tengah menangis sekalipun, boleh berhenti dan terus terpa ke tangga nak naik.

Sekarang ni dia belum lena lagi. Aktif betul dia malam ni. Kebetulan walidnya bawa turun buku dan fail untuk kerja besok, dia pun sibuk nak mengemas sama. Bila walid mujahid suruh saya pegang sekejap mujahid, dia meronta² lepaskan diri dari saya. Saya biarkanlah dulu, nak tengok sampai lama mana dia nak mengemas tu.

Mujahid memang suka mengemas, sama macam walidnya. Jangankan di ruang tamu, di dapur pun dia sibuk mengemas. Untunglah semua pinggan mangkuk kaca letaknya di kabinet, bukan di rak. Kalau tak, pasti berterabur sudah kaca²nya dihempas dek mujahid.

Ah dah lewat ni. Kena paksa mujahid tidur sekarang. Oklah, hingga bertemu lagi. ;D Selamat malam!

p/s: TQ ma, perbetulkan silap saya. Sungguh tak perasan langsung time menaip malam tadi. :D
Sabtu, Februari 07, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Hari Keluarga Abaka

Jom layan gambar² tadi.




Mujahid yang sedang mengantuk





Acara anak² mewarna



3 dara pingitan hehe ;D



Aktiviti membakar sayap ayam dan sate





Aksi di kolam mandi



Acara tiup belon sampai pecah



Ummi dan Mujahid ;)


Kak Mai dan Fariz


Lori yang terbalik masuk longkang tadi

Penatnya..

Salam hujung minggu..

Penat? Bukan penat urusin mujahid saja tau tapi baru balik dari hari keluarga. Sebenarnya kelab staff sekolah adakan hari keluarga abaka hari ini. Bertempat di Velop Recreation Club, Bombalai tak berapa jauh dari sekolah. Walau tak masuk apa-apa acara pun namun kepenatan tetap terasa. Sesampai di sana, mujahid mula meragam sebab tengah hari tadi dia tak tidur langsung. Nasib baiklah ada bawak strollernya dalam bonet kereta. Letak dia dalam stroller, lenalah dia yang sememangnya tengah mengantuk.

Saya sempat juga snap beberapa keping gambar tapi mungkin tak seberapa memuaskan. Maklumlah bukan pro yang mengambilnya. Yang pastinya, semua yang melihat mujahid sudah tentunya terkejut ada, geram ada, kagum pun ada. Alahaii, lupa saya ambilkan gambar mujahid dengan anak kak mai yang baru saja 1 tahun 4hb lepas.(Kak Mai ni sama² lapor diri tahun lalu dengan saya, sama² boyot sarat mengandung).

Ada makan², futsal (guru lelaki), bola jaring (guru perempuan) dan acara untuk anak² jugak; tiup belon hingga pecah, bawa bola pingpong dalam sudu dan acara mewarna. Di Velop Club ni ada kolam mandi untuk dewasa juga kanak² tapi dek petang tadi lewat diisi airnya jadi budak² kecik tu pakat bermain di ruangan dewasa sbb airnya masih cetek.

Saya taklah tunggu hingga habis programnya, oleh kerana kami ada anak kecil, bimbang keteguran nanti. Maklumlah tempatnya di tengah ladang. Syukurlah tiada apa² yang berlaku sepanjang jalan kecuali sebuah lori yang terbalik masuk longkang. Sempat snap sekali saja.

Hingga di sini dulu, mujahid memanggil sudah (beginilah cara orang Sabah bercakap) ;)
Khamis, Februari 05, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Ketiduran...

Salam buat semua..:)

Semalam nak bercoretan di sini tapi tak kesampaian sebabnya saya ketiduran lebih awal dengan mujahid di sisi. apa lagi kalau tak sesi penyusuannya :D Biasalah bila ada dua orang kaki tenet dalam satu rumah. Turn Abang yang online sampai lewat malam. Malam sebelumnya, saya yang online tapi tak lama sangat. Kebetulannya tv kami rosak, terpaksalah cari info secara online saja.

Di bawah ni saya uploadkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.



mujahid di kg (kedah).



ni gambar 3 bersaudara yang bertemu semasa kunjungan keluarga sepupu Abang ke rumah mak. Yang paling kiri, Nurul Atirah (kalau tak silaplah), tengah; Auni Husna (anak adik ipar a.k.a sepupu mujahid) dan yang senyum menawan itulah my little boy. Si Auni lahirnya 3.3.08, mujahid 1.4.08 dan Atirah pula 22.5.08. Sebaya tapi mujahidlah juara; paling besar, paling berat, paling tinggi dan tentunya paling comel hehehe ;D




Yang berdiri (mak mertua), sedang duduk (Adilah, sepupu a.k.a umi Atirah) dan yang cuba dukung mujahid tu adiknya, Adlina. Masa tu mujahid baru saja bangkit dari tidur.

Oklah, lain cerita lain lak gambarnya ye. Jumpa lagi... ;D
Sabtu, Januari 24, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Aksi Mujahid di HANIF TOMYAM, kelulut






inilah aksi mujahid semasa kami berhenti makan pulang dari kemaman menuju marang..
waktu tu di restoren hanif tomyam kat semarak, kelulut nun.. sebenarnya nak makan kat medan semarak tu tp terlajak plak.. so berenti kat sini ajerlah.. byk lg gambar2 dan video yg saya rakamkan tp x sempat nak uploadkan ajer di sini.. insya Allah bila lapang kelak saya akan uploadkan ke sini..

hmm..oklah ye, nak bersiap dulu... nak ke rmh makteh saya lak kat balung..dlm sejam gak nak smpai ke sana tau... biasalah.. bila dpt bercuti panjang nih.. nak jugak tukar angin.. nak jauh2 malas lak rasanya cukup di tawau ni dulu.. ok c u soon..
Jumaat, September 12, 2008 | By: ~Ummi Mujahid~

Matahari bergelang??

tengah hari tadi tetiba bebudak kite jenguk ke luar kelas.. ramai pelajar lain pun ikut keluar kelas... kite pun tgklah apa yg ditengok budak2 nih..

ah.. fenomena matahari berbayang.. er betul ke perkataan nih>?? em nanti kite check balik..

antara gambar yg sempat diambik... kebetulan my camera digital ada dlm handbag.. untung kan handbag besar.. hehe ;)