Ahad, Februari 08, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Mujahid merajuk?!




Salam malam isnin..

Saja saya uploadkan gambar di atas ni, tengoklah ragam mujahid bila disekat kemahuannya. Biasalah bila anginnya disekat, mulalah merajuk. Itu sebelum masa mandi petang jumaat lalu. Mujahid pantang tengok tangga tanpa penghadang, mesti nak naik. Kalau tengah menangis sekalipun, boleh berhenti dan terus terpa ke tangga nak naik.

Sekarang ni dia belum lena lagi. Aktif betul dia malam ni. Kebetulan walidnya bawa turun buku dan fail untuk kerja besok, dia pun sibuk nak mengemas sama. Bila walid mujahid suruh saya pegang sekejap mujahid, dia meronta² lepaskan diri dari saya. Saya biarkanlah dulu, nak tengok sampai lama mana dia nak mengemas tu.

Mujahid memang suka mengemas, sama macam walidnya. Jangankan di ruang tamu, di dapur pun dia sibuk mengemas. Untunglah semua pinggan mangkuk kaca letaknya di kabinet, bukan di rak. Kalau tak, pasti berterabur sudah kaca²nya dihempas dek mujahid.

Ah dah lewat ni. Kena paksa mujahid tidur sekarang. Oklah, hingga bertemu lagi. ;D Selamat malam!

p/s: TQ ma, perbetulkan silap saya. Sungguh tak perasan langsung time menaip malam tadi. :D

2 komen teman:

cintaKusayangMu berkata...

amboi mujahid...dh pandai ngajuk ye....geramnye..rasa nk gigit jek...hehehe

NuRuL DhiA berkata...

alorr...chumel nye mujahid majuk. senget2 mulut terlentok2 dia. meh aunti pujuk meh

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...