Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Sabtu, Julai 11, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam penuh kerinduan buat semua..

Assalamualaikum..

Terasanya bila lama tak jengah ke sini. Maklumlah hidup ini banyak rencahnya, kena kerja, perlu juga berehat. Maaf dah tak terkira banyaknya diucapkan di sini kan? Namun saya yakin, semua masih ternantikan kisah kami sekeluarga. Entahlah apa yang menghalang saya untuk terus menaipkan cerita kami tapi insya Allah saya bakal aktif semula kelak.

Agak sibuk di sekolah. Bukannya tak ada masa untuk online dan bercerita di sini tapi semacam idea untuk menaip tu hilang. Kita kan nak berbuat sesuatu mesti ada mood. Gamaknya mood menaip saya kendur sejak balik bercuti ni sedangkan dah pun berjanji nak ceritakan di sini. Alahai ;)

Pertamanya, sekolah saya baru saja selesai acara sukan sekolah, sambutan hari puteri PPIM peringkat tawau, diikuti majlis restu PMR yang diadakan serentak dengan perasmian karnival bulan membaca di sekolah. Terkini kelab staf mengadakan solat hajat bagi guru abaka yang ditimpa musibah; anak cikgu mohammed dan cikgu dahlia yg mengidap sakit jantung berlubang, isteri cikgu hussin yang mengidap kanser. Semoga Allah perluaskan rahmatNya ke atas setiap hambaNya di dunia ini.

Apa ya nak ceritakan lagi? Oh ya, khamis lepas (2hb julai) adalah temujanji saya bersama mujahid di klinik tg batu. Mujahid kini bukan lagi seperti dulu, duduk saja melihat orang tapi dia yang bergerak ke sana sini. Naik tangga, tegur orang sana sini. Aduh penatnya mengejarnya dari asyik nak memanjat tangga. Nak tau berapa beratnya sekarang? Dah 15kg sedangkan dia baru 1 tahun 3 bulan 1 hari (masa tulah). Tingginya 84cm, kalau saya duduk di lantai paras ketinggiannya tu memang melebihi ketinggian saya ketika duduk. Bayangkan bila dia dah besar nanti, tentunya lebih tinggi dari saya tak ubah seperti tinggi walidnya.

Cerita sepanjang cuti lalu bakal diupkan kelak, maaf ya belum ada mood nak menaip cerita tu. Banyak pengalaman yang ditempuhi, tunggulah saya ceritakan ya. Di bawah ni ada gambar yang diambil semasa cuti lalu. Oklah tataplah kami ya. Permisi dulu. Nak ke rumah MakTeh sekejap.

Wassalam.




Atas bot di Sg Lawas, Sarawak.


Dalam perjalanan 30 Mei ke KK.
Jumaat, Jun 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

baru balik bercuti

Salam petang jumaat yang hening.

Maafkan saya kerana meninggalkan anda semua begitu lama. Kami bercuti lama sangat menjelajah seluruh sabah kali ini. Maklumlah tak pernah lagi melancong sejak berkahwin. Tambahan pula dah ada kenderaan sendiri memudahkan bergerak ke sana sini. Untung dapat servis kereta awal sebelum berjalan jauh.

Insya Allah gambar-gambar yang diambil sepanjang percutian kami akan diuploadkan cuma kena ambil masa lain pula memandangkan cuti dah tinggal berapa hari saja. Sebenarnya my laptop ni 'jem' dgn virus di dlmnya, bila buka saja mesti 'hang' sudahnya terpaksa shutdown saja. Nak ditanya di kedai, nanti kena tinggal payah pula tu sebabnya kami kan dalam percutian. Bukannya menetap di satu-satu tempat tu lama. Balik saja di tawau, saya puas fikirkan cara nak perbaik penyakit laptop saya ni. Syukur dengan idea dari adik saya, saya dapat juga on dengan baik seterusnya dapat online. Kalau tak, manakan dapat menulis di sini ;)

Kenangan pahitnya kali ini, my digital camera jadi 'kong' dek terjatuh banyak kali. Makanya, tak banyaklah gambar yg dapat diambil dengan kualiti yang terbaik (bagi jenis kamera kamilah). Syukurlah ada jua kamera pada telefon bimbit kami. Dapatlah juga simpan kenangan di setiap tempat yang kami pergi.

Oklah, saya terima berita bekalan air tiada esok hari. Jadi kenalah basuh siap-siap baju-baju kami tu. Sudahlah lama terperak dalam beg plastik. Insya Allah, bakal berupdate sedikit hari lagi. Hingga ketemu lagi. Wassalam.
Jumaat, Mei 29, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

CUTI-CUTI MALAYSIA

Salam jumaat yang barakah,

Syukur alhamdulillah sudah pun bermula cuti sekolah yang dinanti. Eh jangan salah sangka ya. Bukannya malas nak ke sekolah mengajar, tapi perlu juga rehatkan minda dan badan setelah sekian lama digunakan sebelumnya. Tambahan pula, ada rancangan untuk berjalan-jalan masa cuti ni. Tak pernah lagi kami melancong atau bercuti lama melihat tempat orang. Yang menariknya lagi, saya bakal bertemu dengan rakan sekolej yang sudah lama tak bertemu sejak habis belajar dulu. Kak sheeda, jumpa di KK deh! ;D

Oklah, itu saja yang dapat dikongsikan untuk kali ini. Perlu bereskan keperluan untuk berjalan jauh esok. Insya Allah bakal bertemu lagi kita di sini. Wassalam.
Ahad, Mac 22, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah seminggu

Salam hujung minggu..

Alahai lamanya tak menaip di sini. Bukannya tiada idea tapi tak dibenarkan Mujahidku comel itu. Manakan tidak, mahu saja online dah pun mintak ribakan dia. Kalau duduk diam-diam tak apalah juga tapi tangannya sibuk menekan sana menekan sini.

Entry terakhir sebenarnya tak dapat gunakan keyboard. Entah apalah silapnya cuma boleh cut and paste dengan mouse saja. Gara-garalah ni Mujahid asyik menekan keyboard. Uhu salahkan anak pula. 2, 3 hari juga tak dapat nak menaip dengan selesa (terpaksa tekan lelama barulah hurufnya keluar). Rupanya saya lupa telah aktifkan StickyKey dan FilterKey.

Seperti yang diberitahu awalnya, minggu lalu kami bermalam di rumah Mak Teh di IPG Tawau. Maklumlah dah lama tak ke sana. Mujahid, bila sampai lewat malam itu, mula merengek seolah-olah tak kenal. Dah lupa gamaknya nenek saudaranya tu. Awalnya malu-malu lagi tapi selang tak lama lepas tu dia pun aktif macam biasa.

Kami bermalam di sana 2 malam, asalnya semalam saja tapi bila dapat tahu Shahir tak jadi bawa kawannya, bertambahlah semalam lagi kami di sana. Seronok kan bila bersama keluarga sendiri. Bila merantau jauh, pada saudara sajalah kita menumpang kasih. Uhu.. sedihlah pula.

Seminggu cuti tak ke mana kami sekadar di rumah saja melainkan Abang yang kerja macam biasa. Inilah natijahnya bila pasangan berlainan bidang kerjaya. Namun, cuti tetap bermakna jua. Kan ada Mujahid!! :D Dia makin banyak karenahnya, macam-macam ragamnya. Tak bagi peluang langsung saya nak online dengan aman. Asal saja saya duduk di kerusi goyang, mulalah dia pun hampiri saya nak duduk atas riba saya. Tak adalah dapat menaip sekadar surfing sajalah saya bila online.

Uhu, esok dah mula buka sekolah. Cuti sekolah dah habis. Apa yang pastinya, esok ada tugas baru untuk saya. TAZKIRAH depan budak-budak semasa perhimpunan. Hmm, apalah yang nak ditazkirahkan esok ye?? Oklah, nak cari bahan pula ni. Insya Allah ada masa peluang dan kesempatan, saya akan menaip lagi di sini.

Ilalliqa' ;D
Ahad, Mac 15, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt..

Ahaii, lamanya tak update di sini. Memang agak sibuk dengan RPH yang kena bertulis tangan balik, MTQ peringkat Tawau dan yang sewaktu dengannya. Penat memang penat tapi itulah hidup saya sebagai seorang pendidik yang beranak kecil. Aik, apa kaitan dengan anak kecil lak? Yang faham, faham sajalah ye ;D Yang belum, faham2kanlah nanti.

Sebenarnya kami baru saja sampai dari rumah Mak Teh di Balung. Berhujung minggu di sana. Maklumlah tiada saudara mara lain dah kami di Tawau ni. Last ahad lepas ke rumah Abg Peri (sepupu Abg), jadinya cuti ni ke rumah Mak Teh lak. Tambahan pulak ada kiriman dari ayah untuk saya. Anak Mak Teh, Sihah dan Sopi sampai dari Semenanjung lewat petang semalam. Mereka berdualah yang bawak barang saya tu.

Opss.. Mujahid terjaga tu. Minta susu. Laparlah tu. OKlah, nanti bersambung lagi ye.
Sabtu, Januari 24, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Aksi Mujahid di HANIF TOMYAM, kelulut






inilah aksi mujahid semasa kami berhenti makan pulang dari kemaman menuju marang..
waktu tu di restoren hanif tomyam kat semarak, kelulut nun.. sebenarnya nak makan kat medan semarak tu tp terlajak plak.. so berenti kat sini ajerlah.. byk lg gambar2 dan video yg saya rakamkan tp x sempat nak uploadkan ajer di sini.. insya Allah bila lapang kelak saya akan uploadkan ke sini..

hmm..oklah ye, nak bersiap dulu... nak ke rmh makteh saya lak kat balung..dlm sejam gak nak smpai ke sana tau... biasalah.. bila dpt bercuti panjang nih.. nak jugak tukar angin.. nak jauh2 malas lak rasanya cukup di tawau ni dulu.. ok c u soon..
Selasa, September 02, 2008 | By: ~Ummi Mujahid~
Salam buat semua...

kisah di permulaan puasa ini, tiadalah yg menarik sgt kerana cuti sempena hari Kebangsaan yg disambut kelmarin 31 ogos.. bila cuti nih.. biasalah mesti xde kerja sgt.. so byk rehat [tidur sebenarnya..tp bukan saya] makcik saya, Mok Na asyik duk dlm bilik ajer.. walid mujahid jugak mujahidnya masih lena lagi.. xpelah.. rehatlah sayangku..
ermm... nak masak apa ye petang karang... 1st time puasa dgn title seorang ibu nih.. x tau byk apa yg patut dibuat.. xpe.. nanti selak buku resepi mana yg ada hehe :)