Ahad, Mac 15 | By: ~Ummi Mujahid~

Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt..

Ahaii, lamanya tak update di sini. Memang agak sibuk dengan RPH yang kena bertulis tangan balik, MTQ peringkat Tawau dan yang sewaktu dengannya. Penat memang penat tapi itulah hidup saya sebagai seorang pendidik yang beranak kecil. Aik, apa kaitan dengan anak kecil lak? Yang faham, faham sajalah ye ;D Yang belum, faham2kanlah nanti.

Sebenarnya kami baru saja sampai dari rumah Mak Teh di Balung. Berhujung minggu di sana. Maklumlah tiada saudara mara lain dah kami di Tawau ni. Last ahad lepas ke rumah Abg Peri (sepupu Abg), jadinya cuti ni ke rumah Mak Teh lak. Tambahan pulak ada kiriman dari ayah untuk saya. Anak Mak Teh, Sihah dan Sopi sampai dari Semenanjung lewat petang semalam. Mereka berdualah yang bawak barang saya tu.

Opss.. Mujahid terjaga tu. Minta susu. Laparlah tu. OKlah, nanti bersambung lagi ye.

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...