Memaparkan catatan dengan label abaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abaka. Papar semua catatan
Ahad, Mei 15, 2011 | By: ~Ummi Mujahid~

Selamat..Selamat...Selamat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Wah, panjangnya salam :) bagus apa kan? mendoakan kesejahteraan semua yg datang menjengah ke sini. Dapat pahala tu jawab salam sebab wajib tau! :D


Fuhhh! Punyalah lama tak mencoretkan sebarang kata di sini. Rindu gak bila tengok blog rerakan lain penuh kata-kata sedangkan blog sendiri tetap yang itu juga.

Dalam bulan ni banyak keraian yang disambut, kan? Hari Ibu, Hari Belia dan esok Hari Guru. Hmm, esok juga bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar menengah rendah SMK Abaka. Mudah-mudahan mereka bersedia sepenuhnya untuk menjawab soalan peperiksaan esok. Amien.

Nak upload gambar tapi no mood pulak sebabnya baby 'tak benarkan'. Hehe yelah taknak ditinggalkan sendirian dia. Awal pagi tadi walid dan abangnya dah keluar nak tengok sukan pasti kat padang depan pejabat kastam sana. Baby?? Hehe bagi yang mungkin belum dapat khabar, saya sebenarnya dah pun selamat bersalin secara czer tanggal 10hb Januari lalu dan lahirlah Qurratu Aina Mujahidah seberat 3.2kg (kurang 0.2kg saja dari abangnya, Mujahid).

Aina, begitulah panggilan kami kepadanya; sekarang dah pun 4 bulan lebih dengan beratnya yang makin bertambah. Sepatutnya khamis lepas kami perlu ke klinik untuk check up bulanan tapi kesulitan dihantar kerana Walid Aina ada peperiksaan selama 3 hari yang berakhir pada hari yang sama. Terpaksalah ditunda ke esok hari tapi rasanya tak ada apa pun sebab hanya nak tengok beratnya saja.

Oh, azan maghrib dah berkumandang. Permisi dululah ye. Insya Allah akan dicari ruang masa untuk menaip lagi di sini.
Jumaat, Julai 31, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sekolah ditutup gara-gara H1N1

Salam malam sabtu.

Sejak tengah hari tadi bila tahu saja SMK Pasir Putih ditutup kerana ada pelajarnya dijangkiti influenza A H1N1, tak lama lepas tu, dapat pula berita sekolah saya pun kena tutup atas kes yang sama. Nampak gayanya bertangguhlah ujian setara 2 yang dijadualkan bermula isnin depan.

Petangnya ada berita lagi tentang sekolah ditutup; SMK Kuhara dan SMK Jambatan Putih. Jiran saya yang mengajar di SMK Jambatan Putih dah demam sekarang, cuma belum dipastikan kerana jangkitan virus ini ataupun demam biasa saja. Lepas maghrib tadi, suami saya hantar sms beritahu ada lagi 3 buah sekolah ditutup; SMK Balung, SM Teknik dan SMK St Patrick menjadikan 7 buah sekolah setakat ini.

Inilah akibatnya bila langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan tidak diambil berat. Sesuatu yang boleh dikawal dan dijauhi akhirnya tersebar kerana sikap tidak kisahkan keselamatan dan kesihatan diri sendiri apatah lagi orang lain. Hmmm...

Kisah minggu ini..

Salam petang jumaat.

Syukurlah sempat juga saya online masa ni. Sebenarnya menunggu Mujahid lena memang makan masa yang lama. Nak harapkan dia tidur sendiri, jangan haraplah. Kekadang sengaja biarkan dia bermain seorang diri supaya cepat letih dan mengantuk.

Mujahid kalau bermain, bukannya dengan permainannya saja. Semua benda menjadi barang mainannya. Kalau ke dapur, periuk, pinggan mangkuk semua dia buat main. Tambah pula sekarang ni dia dah makin tinggi, boleh saja dia capai suiz dapur gas tu. Aduh! Memang bimbang sangat kalau dia ikut saya ke dapur. Lebih-lebih lagi bila saya tengah memasak. Sebab itulah tak suka biarkan dia ikut saya ke dapur.

Nak tengok Mujahid?? Ok, saya tunjukkan di bawah ni. :D



Di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat semasa cuti sekolah yang lalu


Mujahid semasa menunggu walidnya selesai solat di Masjid Jamek, Kundasang


Rabu lepas, saya membawa pelajar saya yang menjadi ahli Kelab Komputer sekolah ke Kolej Komuniti Tawau sebagai aktiviti tahunan kelab. Alang-alang ke sana, pihak kolej menawarkan kursus pendek kepada ahli kelab. Bagus juga kan, adalah faedah sampingan buat pelajar saya tu. Sekurang-kurangnya mereka dapat didedahkan dengan teknologi komputer, asas pengkomputeran dan cara pemasangan komputer. Cuma sayangnya tak sempat untuk aktiviti amalinya. Tapi saya galakkan mereka untuk ikuti kursus pendek selanjutnya di kolej komuniti secara sambilan pada hujung minggu supaya mereka dapat manfaatkan sijil yang mereka dapat.

Balik dari lawatan sambil belajar ke kolej komuniti, sesampainya di sekolah saya perasan adanya pelajar yang memakai topeng mulut (mask) yang biasa para doktor yang gunakan di hospital. Rupanya ada pemantauan H1N1 dari hospital. Kemungkinan ada pelajar yang dijangkiti virus berbahaya ini kerana ada yang mengikuti perkhemahan kaunseling (tak silap saya) dan dengarnya penceramah program tersebut pernah ke Hong Kong.

Sebelum balik tengah hari tadi, seorang rakan guru beritahu adiknya belajar di sekolah yang ditutup kerana H1N1. Bimbang dia akan kesihatan adiknya. Saya tak sangkalah pula sekolah saya pun kena tutup. Sudahlah sekolah dah rancang untuk adakan ujian setara kedua bagi tahun ini. Ini maknanya kena tangguh ke minggu berikutnya.

Hmm, bimbangnya saya kalau-kalau virus ni menular hingga menjangkiti kami pula. Jadi, marilah sama-samalah kita ambil langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan H1N1 ini. Aduh, sakit pinggang pula saya. Permisi dulu ya. Nak baring-baring sekejap.
Sabtu, Julai 11, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam penuh kerinduan buat semua..

Assalamualaikum..

Terasanya bila lama tak jengah ke sini. Maklumlah hidup ini banyak rencahnya, kena kerja, perlu juga berehat. Maaf dah tak terkira banyaknya diucapkan di sini kan? Namun saya yakin, semua masih ternantikan kisah kami sekeluarga. Entahlah apa yang menghalang saya untuk terus menaipkan cerita kami tapi insya Allah saya bakal aktif semula kelak.

Agak sibuk di sekolah. Bukannya tak ada masa untuk online dan bercerita di sini tapi semacam idea untuk menaip tu hilang. Kita kan nak berbuat sesuatu mesti ada mood. Gamaknya mood menaip saya kendur sejak balik bercuti ni sedangkan dah pun berjanji nak ceritakan di sini. Alahai ;)

Pertamanya, sekolah saya baru saja selesai acara sukan sekolah, sambutan hari puteri PPIM peringkat tawau, diikuti majlis restu PMR yang diadakan serentak dengan perasmian karnival bulan membaca di sekolah. Terkini kelab staf mengadakan solat hajat bagi guru abaka yang ditimpa musibah; anak cikgu mohammed dan cikgu dahlia yg mengidap sakit jantung berlubang, isteri cikgu hussin yang mengidap kanser. Semoga Allah perluaskan rahmatNya ke atas setiap hambaNya di dunia ini.

Apa ya nak ceritakan lagi? Oh ya, khamis lepas (2hb julai) adalah temujanji saya bersama mujahid di klinik tg batu. Mujahid kini bukan lagi seperti dulu, duduk saja melihat orang tapi dia yang bergerak ke sana sini. Naik tangga, tegur orang sana sini. Aduh penatnya mengejarnya dari asyik nak memanjat tangga. Nak tau berapa beratnya sekarang? Dah 15kg sedangkan dia baru 1 tahun 3 bulan 1 hari (masa tulah). Tingginya 84cm, kalau saya duduk di lantai paras ketinggiannya tu memang melebihi ketinggian saya ketika duduk. Bayangkan bila dia dah besar nanti, tentunya lebih tinggi dari saya tak ubah seperti tinggi walidnya.

Cerita sepanjang cuti lalu bakal diupkan kelak, maaf ya belum ada mood nak menaip cerita tu. Banyak pengalaman yang ditempuhi, tunggulah saya ceritakan ya. Di bawah ni ada gambar yang diambil semasa cuti lalu. Oklah tataplah kami ya. Permisi dulu. Nak ke rumah MakTeh sekejap.

Wassalam.




Atas bot di Sg Lawas, Sarawak.


Dalam perjalanan 30 Mei ke KK.
Rabu, Mei 20, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Sekian lama menyepi :)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukurlah dapat juga berkesempatan nak menaip di ruangan sendiri ini setelah sekian lama menyepi. Bukanlah niat nak menghilang terus tetapi dengan deretan masalah yang timbul membuatkan saya diam seketika.

Masalah laptop yang diserang virus memang amat memeningkan kepala apatah lagi banyak hasil kerja di dalamnya. Nasib baiklah dah dibuat back up. Jadi, kepada sesiapa yang sering menggunakan komputer mahupun laptop (personel atau pejabat) selalulah buat back up ya ;)

Mujahid makin banyak keletahnya. Tiga minggu lepas dia kena demam campak. Kalut juga dibuatnya sebab tak ada pengalaman lagi kan tentang hal sebegini. Syukur jugak kak ana dan rakan lain banyak bagi petua untuk demam campak ni. Itulah hikmahnya jika ramai kenalan kan. ;D

Banyak program di sekolah sepanjang penyepian ini. Antaranya (terkini di atas ya)

* Minggu Peperiksaan Semester 1
* Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
* Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2008
* Undian Bagi Guruku Idolaku
* Program Usahawan Muda (PUM)
* Malam Kebudayaan semperna perkhemahan
* Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform
* Minggu Budi Bahasa & Pertandingan Forum Remaja
* Pertandingan Koir Peringkat Daerah Tawau
* Minggu Pendidikan Islam & Minggu Bahasa Melayu
* Latihan Kebakaran
* Majlis Pecah Tanah Pondok Belajar & Ceramah Kecemerlangan PMR

Banyak gambar yang diambil semasa aktiviti-aktiviti di atas, insya Allah bakal diuploadkan ke sini. Cumanya penatlah saya nak mengecilkan saiz gambar dan memilih mana yang sesuai untuk tatapan semua di sini. Namun, usah tertunggu lama kerana sepanjang cuti ini saya akan gunakan kelapangan masa yang ada sepenuhnya untuk edit gambar-gambar dalam simpanan. Termasuklah upload gambar-gambar mujahid yang terkini. Tengoklah nanti ya ;D

Kiranya permisi dululah ya. Banyak lagi urusan yang perlu dibuat ni. Insya Allah kita bakal ketemu lagi di sini. Wassalam.