Jumaat, April 24, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Penyediaan Makanan Sihat

MERANCANG HIDANGAN

Rancang menu hidangan untuk keluarga:

  • Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resipi mengikut cara yang dicadangkan di dalam buku ini.

  • Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.

  • Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.

  • Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.

  • Hidangkan makanan yang baru dimasak.

  • Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.

Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus. Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis. 

Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari:

  • Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

  • Rancang waktu mengikut waktu biasa. 

  • Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.

  • Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan. 

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...