Jumaat, April 24, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Penyediaan Makanan Sihat II

MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG SIHAT

 

Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam.

  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.

  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.

  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.

  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.

  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.

  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.

  • Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran. 

  • Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.

  • Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk..

  • Elakan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama.

  • Bahan makanan yang mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.

 

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...