Pemakanan untuk si manja
Oleh Tan Yoke Hwa & Ridzoni Sulaiman
Persatuan Dietitian Malaysia
PENJAGAAN pemakanan dapat mengimbangkan keperluan nutrien pembesaran dan mengelakkan masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak.
--------------------------------------------------------------------------------
BADAN anak anda memerlukan pelbagai nutrien. Kebanyakan nutrien ini iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, diperolehi daripada makanan yang berlainan. Itulah sebabnya anda perlu memastikan diet si manja mengandungi pelbagai jenis makanan.
Anak anda juga memerlukan nutrien berkenaan dalam jumlah yang betul untuk membolehkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Pengambilan terlalu banyak atau terlalu sedikit nutrien tertentu boleh membawa kepada masalah kurang berat badan, anemia atau obesiti.
Piramid Kumpulan Makanan untuk Kanak-Kanak
Bukan susah untuk memastikan si manja mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang betul. Anda boleh merujuk kepada Piramid Panduan Makanan untuk Kanak-Kanak sebagai panduan terbaik memastikan anak anda mendapat khasiat pemakanan secukupnya.
Piramid Panduan Makanan menunjukkan dengan jelas jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil setiap hari. Sebagaimana yang dilihat daripada bentuknya, makanan di bahagian bawah sekali atau tahap 1 adalah yang ‘perlu diambil paling banyak’. Pengambilan makanan di bahagian atas piramid pula hendaklah semakin dikurangkan sementara pengambilan makanan di puncak Piramid adalah yang ‘paling sedikit’. Piramid ini juga memaparkan jumlah makanan yang berlainan dalam setiap kumpulan makanan. Jadi, anda boleh memilih dan pelbagaikan rasa, tekstur dan bentuknya dalam setiap sajian!
Panduan Piramid
Marilah kita tumpukan perhatian kepada Piramid dan lihat apa yang boleh anda berikan kepada si manja.
l Tahap 1 - Makan Paling Banyak
Makanan dengan karbohidrat kompleks yang disenaraikan di bahagian bawah sekali adalah sumber tenaga yang diperlukan badan si manja. Karbohidrat kompleks dipecahkan menjadi glukosa, untuk menggerakkan fungsi badan dan memberi si manja tenaga yang diperlukan. Makanan ini juga mengandungi serat, iaitu karbohidrat tidak hadam yang membolehkan sistem penghadaman berfungsi dengan sihat.
l Tahap 2 - Makan Lebih
Buah-buahan dan sayuran membekalkan vitamin (seperti vitamin A, E, C dan B), mineral (seperti zat besi, kalsium, zink) dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi bahan yang sihat dinamakan fitokimia. Kebanyakan fitokimia adalah antioksidan yang dipercayai dapat membantu menentang penyakit. Walaupun diletakkan di tahap yang sama dalam Piramid, anda tidak boleh memberi si manja buah-buahan atau sayur-sayuran semata-mata. Si manja memerlukan kedua-duanya!
l Tahap 3 - Makan Secara Sederhana
Makanan dalam tahap ini termasuk ikan, ayam, daging, telur, pelbagai produk kekacang dan juga susu serta produk tenusu. Makanan ini kaya dengan protein, yang merupakan blok binaan asas untuk tisu badan. Ia perlu untuk membaiki, mengganti dan membuat tisu, serta memastikan pertumbuhan optimum. Protein diperbuat daripada asid amino. Badan memerlukan 22 asid amino, dengan 8 daripadanya mesti dibekalkan oleh makanan harian (asid amino perlu). Susu dan produk tenusu juga bukan sahaja kaya dengan kalsium, tetapi juga pelbagai vitamin dan mineral.
l Tahap 4 - Makan Paling Sedikit
Makanan di hujung Piramid adalah lemak, gula dan garam. Si manja perlukan lemak sebagai sebahagian daripada nutrien. Lemak membekalkan tenaga, vitamin larut lemak dan asid lemak perlu. Bagaimanapun, badan si manja hanya memerlukan sedikit lemak. Jadi, pengambilan lemak secara berlebihan boleh menyebabkan berat badannya meningkat. Tetapi jangan sama sekali memilih diet rendah lemak atau tanpa lemak untuk si manja! Sebaliknya, berikan makanan berlemak secara sederhana agar si manja lebih sihat dan cergas.
Gula hendaklah diberikan secara berhemat, manakala garam dihadkan pada jumlah yang sangat kecil.
n Tambah Lebih Khasiat Kebaikan. Piramid Panduan Makanan sekadar memberi idea mengenai jenis makanan dan jumlah yang wajar diberikan kepada si manja. Idea berikut sedikit sebanyak dapat membantu anda menambah khasiat kebaikan di dalam diet si manja.
n Cuba gaya masakan yang berlainan. Sesetengah cara masakan adalah lebih sihat daripada yang lain. Sebaik-baiknya, utamakan cara yang lebih sihat seperti membakar, mengukus dan memanggang.
n Utamakan makanan, buah dan sayur segar. Makanan segar adalah lebih sihat. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam diet si manja. Sebaik-baiknya, beli lebih banyak bahan makanan segar daripada makanan diproses atau makanan berbungkus (dalam tin).
n Baca label pemakanan (ramuan). Semak label makanan yang diproses untuk memastikan kandungan dan khasiatnya, seperti vitamin, mineral dan serat, selain jumlah lemak, gula dan garam. Senarai ramuan akan menunjukkan sama ada ia ditambah gula (disenaraikan di bawah pelbagai nama seperti maltosa, dektrosa), pengawet, pewarna tiruan, dan pemanis, yang kesemuanya tidak menambah nilai pemakanan.
n Masakan di rumah adalah yang terbaik. Makanan yang dimasak di rumah selalunya lebih sihat dan berkhasiat kerana anda boleh menambah sayur serta buah, di samping mengurangkan minyak dan lemak. Anda juga boleh memesan sajian yang disediakan dengan cara lebih sihat ketika makan di luar.
Bagaimanapun, pemakanan yang baik tidak terbatas kepada pengambilan makanan yang disyorkan dalam Piramid, tetapi juga meliputi amalan dan tabiat makan yang sihat dan betul. Selain menyediakan makanan yang bersih dan selamat, anda juga perlu memastikan si manja makan mengikut masa, dan tidak terkurang ataupun terlebih makan.
Rencana ketiga kami akan menjelaskan bagaimana kadar tumbesaran si manja mempengaruhi pengambilan makanan, mengapa si manja kadang-kala enggan makan, dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dengan menjadikan makanannya lebih menarik dan masa makan yang lebih menceriakan!
Untuk mendapatkan bahan pendidikan tentang panduan pemakanan kanak-kanak dan mengetahui aktiviti lain yang dianjurkan oleh program Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009, layarilah laman web www.nutriweb.org.my atau datang beramai-ramai ke karnival di Mid Valley Exhibition Centre pada 4 dan 5 April ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bersama seisi keluarga, mulai jam 10 pagi.
sumber dari UMO
renungan bersama
Teman²
Label
abaka
(10)
aidilfitri
(1)
Aina
(1)
alkisahnya
(17)
amal bakti
(1)
artikel agama
(3)
award
(2)
cuti
(7)
friend
(1)
gambar
(12)
Gaza
(1)
info agama
(2)
info keluarga
(5)
info kesihatan
(14)
info umum
(5)
kembali
(1)
kenangan
(2)
khas
(2)
makan cara sihat
(4)
makteh
(1)
mujahid
(34)
pantai
(1)
PAV
(2)
PCFair
(2)
PT3
(2)
puasa
(1)
rancangan tv
(1)
sahabat pena
(1)
sakit
(8)
salam perkenalan
(1)
SPM
(2)
SPM2021
(1)
SPMU
(2)
STAM
(2)
STPM
(2)
TAG
(3)
tazkirah remaja
(1)
ummi mujahid
(11)
UPSR
(2)
video
(5)
Blog Teman²
-
-
-
Bersendiri6 bulan yang lalu
-
Salam Tahun Baru 20257 bulan yang lalu
-
-
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
Aktiviti Lawatan Kerja6 tahun yang lalu
-
Perginya seorang kakak6 tahun yang lalu
-
SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM)6 tahun yang lalu
-
salam Maal Hijrah 1439H7 tahun yang lalu
-
Gunung Raya, Langkawi8 tahun yang lalu
-
Shaklee di hati8 tahun yang lalu
-
-
Kini Detiknya10 tahun yang lalu
-
Buku-Buku Terpilih Pada Harga Terendah!!!11 tahun yang lalu
-
Puisi untuk kambing...11 tahun yang lalu
-
Kakak Aliya sayang Adik Anas11 tahun yang lalu
-
Good boy11 tahun yang lalu
-
* Status & Stok EBM Qiqi *12 tahun yang lalu
-
Blog Baru12 tahun yang lalu
-
Lame Takde Gambar12 tahun yang lalu
-
Naik Pangkat.. Peluang atau rezeki12 tahun yang lalu
-
IMPIAN JADI KENYATAAN13 tahun yang lalu
-
-
MASIH BELUM TERLAMBAT UTK UCAP SELAMAT HARI RAYA:)13 tahun yang lalu
-
Subhanallah, Maha Suci Allah13 tahun yang lalu
-
Raya yang ke-4 bagi Husna13 tahun yang lalu
-
-
Mungkinkah ia serpihan Bahtera Nabi Nuh15 tahun yang lalu
-
Guru punca pelajar bosan kata Presiden NUTP15 tahun yang lalu
-
hadiah dr k.lynna!15 tahun yang lalu
-
H1N1...bala dan ujian Allah16 tahun yang lalu
-
Khasiat Buah Belimbing16 tahun yang lalu
-
happy new year16 tahun yang lalu
-
-
-
kunjungan dari
lajukah anda menaip?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 komen teman:
waa bagusnyer info ni..thanks kak..
skrg ainul suke sgt makan scramble egg...yana bubuh tomato, bawang n daun sup cincang..so mase de makan telur tu sekali makan tomato n bawang tu lah..hari2 mesti ade sup kentang...nestum yang tahap 2 tu de tamko..de takmo makan lembek2...huhuh....-lyana-
Catat Ulasan
...silalah berikan sebarang komen or teguran...
...terima kasih...