Isnin, Februari 16, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Selsema+Batuk

Salam malam selasa ;)

2,3 hari ni agak sibuk melayan mujahid comel saya tu yang masih lagi kurang sihat. Memang tak senang duduk kita nih bila si permata hati sakit, apatah lagi selsema. Mujahid ni macam saya saja, pantang selsema dan batuk mesti lambat baik.

Anyway, tq 2 sue(saveme_zero) n liana(ummihusna) yang concern akan mujahid :) tak kata orng lain yang jenguk ke sini tak kisah tau. Saya hargai kehadiran kalian di sini walau tanpa kata2 :)

Saat saya menaip ni, semestinya saya menaip dengan sebelah tangan saja. Almaklumlah si montel saya ni masih mahu bermanja lagi dengan saya. Kalau dia sihat ni, jangankan menaip di sini, apa2 saja yang saya nak buat jadi tergendala. Yelah, bakal pakar IT saya ini pun sibuk nak bermain dengan laptop ni. Dah pandai menekan sana sini, tau2 saja di mana nak tekan untuk left clicks pada touchpad (saya tak guna mouse).

La.. lena rupanya si mujahid ni. Hmm.. takat ini dululah ye. Hingga jumpa lain kali Insya Allah ;D

1 komen teman:

zieha berkata...

sian mujahid,aunty turut sedih klau baby ada selsema gan batuk,bknnya apa, sbb baby tk pandai nk buangkan hingus sendiri.Dulu i pakai penyedut utk amik hingus(nose cleaner)pada firas.Tu mmg tk tido mlm arr dibuatnya sbb firas x selesa.Btw,jgn lupa mkn ubat.Semoga cepat baik.Klau berterusan ummimujahid kena check doktor semula..

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...