Khamis, Februari 19 | By: ~Ummi Mujahid~

Gembira Dlm Duka

Salam petang khamis ;)

Tengok tajuk ni macam suspen saja kan! Hehe :D tak ada apalah sebenarnya, cuma gembira bila mujahid dah boleh melangkah lebih jauh dari biasanya. :D Tak disangka-sangka dia berjalan tanpa dipimpin petang semalam, siap boleh berhenti sekejap pula tu. Konon2 rest sekejap. Alahaii mujahidku sayang ;) Dia sekarang ni makin suka berjalan, kekadang tu kaki tangan digunakan untuk berjalan. Ahaii :) Lepas balik dari sekolah tadi kak ana(pengasuh mujahid) bagitau yang mujahid dah boleh berjalan laju, masa tu juga mujahid berjalan ke arah saya dengan tersengih2. Seronok betul dia boleh berjalan sendiri.

Yang kisah dukanya ni, saya pulak yang kena selsema. Sebab tulah kurang online. Kalau online pun tak tahan berlamaan di sini. Tambah pulak menjaga mujahid yang makin aktif, waima sedang selsema. Sekarang ni saya selsema + batuk pulak, bimbang saya datang athma. Orang sabah bahasakan lelah/semput ni ampus. Sungguh tak selesanya ni, terpaksalah tahan dulu. Nak makan ubat sembarangan takutnya ada kesan pada mujahid :(. Kan dia masih menyusu dengan saya. Malas gak nak berulang ke klinik, sanggup tanggung sakit tu uhuu ;P

Selsema kami(saya dan mujahid) belum betul2 hilang lagi tapi si mujahid ada ubatnya jadi tak adalah saya bimbangkan dia sangat. Awal2 dulu teruk jugak selsema mujahid, sekarang dah agak kering tapi masih belum hilang. Saya lak, jap nak mengingat balik.... ah sejak hari rabu makin teruk. Nak mengajar pun tak bersemangat. Kesian anak muridku hehe tapi siap bagi nota sudah.

Aduhh, berdenyut pulak di kepala ni. Hm nak berehat dululah ye. Nanti jumpa lagi. ;)


Di bawah ni ada beberapa aksi mujahid yang lupa saya nak uploadkan sebelum ni.

Ah masuklah lagi bawah kerusi!!

Amboi.. amboi.. sukanya dia :D

1 komen teman:

Liana berkata...

Salam kak...

Siannya...akak pulak kena selsema yer... Cepat ler gi klinik... Nanti lambat baik.
Mujahid dah jalan laju? Bestnya...Husna sekarang boleh ler, tp jalan jatuh... Tp, dah boleh ler jalan lama2...
Mujahid dah tumbuh gigi atas yer...

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...