Sabtu, Februari 14 | By: ~Ummi Mujahid~

Mujahid selsema II

Salam bertemu kembali ;)

Hah ini kisah mujahid pulak. 2,3 hari lepas mujahid asyik batuk saja. Jadi saya pun planning nak bawak mujahid ke klinik tapi Abang bawak kereta, terpaksalah tunggu malam. Mujahid, sejak malam sebelumnya semacam ada ura2 nak selsema. Terus pagi kelmarin sampailah ke malam, meragam dia sebab selsema. Bila keluar hingusnya, dimarahnya kita yang nak kesat hingus.

Kesiannya dia, bila tiap kali time menyusu mesti hisap-lepas-hisap-lepas. Dah hidungnya tersumbat. Kekadang boleh dengar something dari tarikan nafasnya. Semalam kami ke hospital, dapatlah 4 jenis ubat. Sama jenis yang diberikan sebelum ni.

Bila tengok dia lena tidur begini, lebih2 lagi biasanya dia suka bergerak (meniti sana sini, paut sana sini, kutip apa yang dijumpanya, main2), sayu saja hati ini. Tak sihatnya mujahidku sayang. Tak bermaya dia hari ni, tidur saja sepanjang masa. (Sejak diambil balik tadi, sempat berteman dengan walidnya 10min saja. Lepas tu dicarinya saya, tuntut susu sebab dah ngantuk dan tidur sampailah sekarang ni)

Anak, bila meragam aktif terasa geram tapi bila diam monyok saja gundah rasa hati. Biasalah manusia ni kan.. ;) Tiada lagi kata mau dinukilkan. Hingga jumpa lagi. ;D

2 komen teman:

saveme_zero berkata...

klu nak batok ke selsema ke demam ker,kasi mkn madu.

Liana berkata...

Salam kak...
Siannya Mujahid...Dulu masa Husna batu dengan demam, adoi..pening juga kepala nie... KAsihan masa dia nak menyusu tu! Semoga Mujahid cepat sembuh yer...

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...