Ahad, Februari 01, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Mujahid kini dah 10 bulan

Salam mlm isnin ;)

Sebenarnya semalam lagi saya nak menaip di sini tapi biasalah kan, ada saja gangguannya. Almaklum sajalah bila beranak kecil ni, tentulah nak berkepit selalu. Stail saya, bila online mesti tumpu sepenuhnya. Bila ada gangguan sikit pun dah lari mood nak surfing.

Pernah surfing sambil mujahid di atas riba, habisnya dia taknak duk main seorang diri. Namun itu tak bermakna saya salahkan si montel tu, saya sayang dia. Kan mujahid, kan?? :D

Mujahid kini dah pun berusia 10 bulan. Sepanjang tempoh ini, banyak kenangan manis pahit saya dengannya. Manis, biasalah kan tapi pahit?? Jangan pulak bersangka buruk. Pahitlah kenangan yang kita tempohi bila diri sendiri tak bersedia hadapi saat tersebut. Contohnya; heeyyy, mana ada pahit!! Acah sajalah. Hehe :D

Seiring dengan usianya tu, mujahid;
=> makin mahir meniti dinding rumah
=> banyak kali cuba melangkah dua tiga empat langkah (dengan bantuan dan perhatian kami)
=> makin mahir memanjat tangga (selalu di situlah dia berada bila kami terleka seketika, apatah lagi bila hadangan tangga lupa kami tutup balik)
=> suka bila disuapkan makanan tak kira apapun jenisnya
=> selalu tak sabar bila lambat diberi suap makanan/minuman
=> makin meriah dengan suara-suara manjanya
=> baru perasan 2 batang gigi bakal tumbuh di bahagian atas (gigi kapak)
banyak lagi nak taip di sini tapi percayalah, mujahid di kaki saya sekarang ni.

ilalliqa' bakal bersambung kelak

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...