Jumaat, Januari 30 | By: ~Ummi Mujahid~

Cerita hari ini.

Salam jumaat buat semua,

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi biasalah asyik tertangguh saja ceritanya. Apakan tidaknya, mujahid makin hari makin tak mahu ditinggalkan sendirian. Mahu dibiarkan sekejap pun payah, sure menangis. Kalau volume biasa tu, tak apalah lagi tapi ni bagai dipukul lagaknya. Jika dibiarkan terus parah saya jadinya.

Sekarang mujahid sedang lena, setelah pelbagai cara saya buat untuk tidurkan dia. Saya biarkan sekejap, pasti dicarinya saya hatta di bilik air. Memang tak boleh berenggang langsung. Ada ketikanya macam nak lempang2 saja (a'ah yelah tu) tapi sayang! Ada ke tak sayang anak sendiri??

Dahlah sekian lama menanti kelahirannya, nak dibuat begitu pulak. Naluri keibuan begitulah kan? Di mulut katanya lain di hati. Tak bermaksud langsung, sekadar lepaskan kata semata-mata.

Ni tak taulah lama mana dia akan lena diulit mimpi (bermimpikah dia??). Paling lama pun 1jam setengah. Paling sekejapnya cuma 10-15 minit saja.

Nampak gayanya cuti 9 hari ni tak bermakna sangatlah. Yelah, maksud saya nak buat kerja2 sekolah yang tergendala sekian lama tu. Nak bandingkan dengan jagaan mak2 kita, boleh ke? Mak kita manalah bekerja, hanya uruskan rumahtangga tanpa perlu ke pejabat sebab pejabatnya adalah di rumah. Tapi orang lain pun bekerja jugak, boleh saja jaga anak, malah lebih dari seorang lagi. Aduh! Terdayakah daku nak teruskan perjalanan hidupku ini?? cewah3x..macamlah teruk sangat kan jaga seorang anak lelaki yang belum pun berumur setahun.

Hmmm...rasanya cukup dululah coretan kali ini. Maaf ye, gaya penulisan saya diubah supaya sesuai dengan kerjaya saya. Jadi jangan terkejut pula. Andai ada satu dua yang lari tu, lumrahlah saya seorang insan biasa yang tak lari dari buat silap.

Ilalliqa'.

2 komen teman:

Liana berkata...

Salam,
Kak Tini, bila baca entry kali ni, sy teringat kan HUsna. Husna pun cam Mujahid. Sy cuti utk CNY sampai 3/2/09. So kiranya surirumah tangga sementara ler ni...
Husna asyid nak melekap jer kat ummi dia. Bila gerak je meraung cam kena dera. Letak kat dalam katil dia, kejap jer...pastu menyanyi kuat2...huhuhu....Sampai nak mandi pun kena bawa masuk bilik air...1 jer dia diam bila sy letak. Bila sy solat... Kalo tido pun kejap jer... Tu dia dah bangun. Tido tak sampai setemgah jampun...

~Ummi Mujahid~ berkata...

Salam Liana..

biasalah kan.. anak nak membesar.. cuma itulah takut tak terjaga bebetul.. terkurang perhatian lain lak jadinya.. na'uzubillahlah kan..

sama2lah kita membesarkan mereka dgn jayanya.. ;)

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...