Isnin, Februari 09, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Lenguh..

Salam petang isnin ;)

Tatkala entry ini ditaip mujahid sedang lena di pangkuan saya. Sebab itulah tajuknya 'Lenguh..'. Dengan berat mujahid sekarang around 13kg, boleh bayangkan tangan kita menampung seberat itu? Hmm.. :)

Hari ni mujahid seolah-olah kurang tidur pula. Sejak diambil dari rumah pengasuh tengah hari tadi, dia baru saja bangun dari tidur. Biasanya bila dah balik rumah, dia tuntut susunya. Balik tadi pun dia mintak jugak tapi boleh lena semula.

Mujahid bila sedang lena, kekadang tu boleh terjaga jugak. Memang kena perhatikan dia selalu. Paling kurang 3, 4 kali men'cari' susu lagi dan saya semestinya dah ready. Cuma hari ini mujahid semacam tak cukup tidur. Ni tengah lena lagi atas ribaan saya di atas kerusi goyang.[memang inilah kerusi yang kami guna bila nak online] Tadinya di bawah beralaskan bantal dan tikar tapi bila terjaga, mencari saya terus dia merangkak menuju ke arah saya. Terpaksalah angkat dan pangku dia.

Bila lama berkeadaan begini (pangku mujahid dengan kepalanya di pelipat lengan) mulalah lenguh di bahagian lain pulak. Saya memang tak boleh berlamaan duduk, mesti terasa lenguh pinggang[sejak operate dulu]. Harus si comel ni menangis kalau diletak di bawah ni. Tak apalah mujahid, ummi sayang mujahid kan.. sanggup apa saja. :D

Saya berayun dulu ye. Ilalliqa'

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...