Selasa, Februari 03, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Cerita hari ini 3 Feb 2009

Salam ptg selasa yg dingin.

Akhir² ni cuaca begitu sejuk sekali memandangkan tiap harinya hujan. Walau tak sepanjang hari namun agak menjejaskan kekeringan baju yang dibasuh. Sejuk² begitu kalau boleh tidur ni seronok amat kan? :D

Kisah hari ni sangat² tak best, sebabnya tergesa². Begini ceritanya; hari ini saya yang bawa kereta memandangkan time baliknya tak pasti. Sedang saya nak bersarapan pagi di kantin, tetiba saya terima panggilan dari Abang minta hantar walletnya. Rupanya wallet Abang tertinggal dalam kereta. Sebelum keluar, pastinya kena minta izin dari PK dulu. Hanya PK HEM yang ada, tak kisahlah asalkan dapat keluar segera.

Perjalanan yang biasanya memakan masa 10 minit, tadinya cuma 6 minit. Wah! Lajunya bawa kereta he3x ;D. Abang dah lewat ke pejabat jadi saya yang hantarkan. Nasib bak tak ada kelas pagi. Jalan sesak, biasalah dalam area jam 7.30 ke 8 pagi memang jalan jem. Dah nak sampai kat pejabat, Abang kata ke Masjid Al-Kautsar, ada kursus di sana hingga khamis ni. Ah! Lupa saya. Terus ke masjid pula. Turun saja abang dari kereta, terus saya pecut kembali ke sekolah. Ambil masa 20minit. Waduh! Hebat ke? Syukurlah tiada apa² yang berlaku.

Masuk saja ke bilik guru, nampaklah tapau atas meja. TQ kak zim, tolong bayarkan dan bawa balik. Sungguh-sungguh kelam kabut saya awal pagi tadi. Keluar dari sekolah jam 7.20 pagi, masuk balik sejam selepas tu. Memenatkan sebabnya saya suka drive slow and steady. Tambahan pula pagi tadi saya dah janji nak prepare apa yang patut kat pusat akses. Dalam menyiapkan persiapan untuk lawatan besok, sedar tak sedar hujan lebat di luar. Kedudukan pusat akses di tingkat atas sekali membolehkan saya nampak gelagat pelajar yang berpusu-pusu pulang dalam kebasahan. Asal boleh balik, tak kisah basah ye.

Projek di pusat akses berakhir jam 4.15ptg. Abang dah menunggu di sana. (Memang bila turn saya bawa kereta, saya yang ambil abang balik dari pejabatnya) Sekali lagi pecut tapi tak sepecut pagi tadi sebab time tu jalan dah mula jem kembali. Time orang balik kerja. Dah ambik abang, kami pun pulang.

Sekian dulu kisah har ini. Tunggu besok pula ye.

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...