Sabtu, Julai 11, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam penuh kerinduan buat semua..

Assalamualaikum..

Terasanya bila lama tak jengah ke sini. Maklumlah hidup ini banyak rencahnya, kena kerja, perlu juga berehat. Maaf dah tak terkira banyaknya diucapkan di sini kan? Namun saya yakin, semua masih ternantikan kisah kami sekeluarga. Entahlah apa yang menghalang saya untuk terus menaipkan cerita kami tapi insya Allah saya bakal aktif semula kelak.

Agak sibuk di sekolah. Bukannya tak ada masa untuk online dan bercerita di sini tapi semacam idea untuk menaip tu hilang. Kita kan nak berbuat sesuatu mesti ada mood. Gamaknya mood menaip saya kendur sejak balik bercuti ni sedangkan dah pun berjanji nak ceritakan di sini. Alahai ;)

Pertamanya, sekolah saya baru saja selesai acara sukan sekolah, sambutan hari puteri PPIM peringkat tawau, diikuti majlis restu PMR yang diadakan serentak dengan perasmian karnival bulan membaca di sekolah. Terkini kelab staf mengadakan solat hajat bagi guru abaka yang ditimpa musibah; anak cikgu mohammed dan cikgu dahlia yg mengidap sakit jantung berlubang, isteri cikgu hussin yang mengidap kanser. Semoga Allah perluaskan rahmatNya ke atas setiap hambaNya di dunia ini.

Apa ya nak ceritakan lagi? Oh ya, khamis lepas (2hb julai) adalah temujanji saya bersama mujahid di klinik tg batu. Mujahid kini bukan lagi seperti dulu, duduk saja melihat orang tapi dia yang bergerak ke sana sini. Naik tangga, tegur orang sana sini. Aduh penatnya mengejarnya dari asyik nak memanjat tangga. Nak tau berapa beratnya sekarang? Dah 15kg sedangkan dia baru 1 tahun 3 bulan 1 hari (masa tulah). Tingginya 84cm, kalau saya duduk di lantai paras ketinggiannya tu memang melebihi ketinggian saya ketika duduk. Bayangkan bila dia dah besar nanti, tentunya lebih tinggi dari saya tak ubah seperti tinggi walidnya.

Cerita sepanjang cuti lalu bakal diupkan kelak, maaf ya belum ada mood nak menaip cerita tu. Banyak pengalaman yang ditempuhi, tunggulah saya ceritakan ya. Di bawah ni ada gambar yang diambil semasa cuti lalu. Oklah tataplah kami ya. Permisi dulu. Nak ke rumah MakTeh sekejap.

Wassalam.




Atas bot di Sg Lawas, Sarawak.


Dalam perjalanan 30 Mei ke KK.

4 komen teman:

zieha berkata...

besar dah mujahid skrg..gigi pun dh penuh ye..salam kerinduan dr kami sekeluarga:)

~Ummi Mujahid~ berkata...

besar mmg dah besar kak.. tp giginya belum penuh lg.. tetap 8 btg saja.. :)

Tanpa Nama berkata...

Buat apa kat sungai Lawas ?

~Ummi Mujahid~ berkata...

Kat Sg Lawas, kami cuma pusing2 naik bot saja. Sebenarnya takde dlm planning pun nak ke sana tapi alang2 dah sampai kat sempadan sarawak tu masuk sajalah. Andai saya tak tinggal pasport, mungkin singgah ke Brunei gamaknya.

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...