Isnin, Julai 13 | By: ~Ummi Mujahid~

Hanya dengan Mujahid

Salam malam selasa,

Malam ni cuma kami berdua saja, walid mujahid kena berkursus di kk sampai petang khamis ini. Dulu pernah juga dia pergi kursus awal tahun ni tapi ada peneman. Taklah terasa sunyi sangat kan tapi sekarang cuma berdua dengan mujahid, lainlah rasanya. Gamaknya sebab mujahid yang dah makin besar ni dengan banyak karenahnya.

Lucu jugak dengan lagaknya malam ni. Dialah yang menceriakan suasana dalam hidup kami. Sambil dengar muzik cerita musang berjanggut di tv2 tu, boleh dia geleng-geleng kepala kononnya seronok dengar. Aduhai mujahidku sayang.

Em, oklah sempat ini dulu buat kali ini. Nak tidurkan mujahid yang belum juga mengantuk ni. Wassalam.

2 komen teman:

Liana berkata...

Assalamualaikum...
Wa...Mujahid dah besar yer... Sama dengan Husna, sekrang nie...mulut dia bising ajer.. Cakap bahasa jerman dia tu! Ummi dan ayah dia layan jer lah dia cakap2.

~Ummi Mujahid~ berkata...

Wa'alaikumusalam liana... :)

anak kita kan sebaya, cuma tua berapa bulan saja. tapi Mujahid memang nampak cepat membesar skrg. Dengan beratnya skrg, dah tak berdaya nak dukung dia lelama.

Seronok kan dengar anak kita bersembang dengan kita walaupun dlm bahasa yang berbeza. Bila layan dia bercakap, suka benar dia. Makin rancaklah dia bercakap.

Mujahid... Mujahid.. :D

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...