Rabu, Julai 22 | By: ~Ummi Mujahid~

Ibu pijak anak sampai mati dijel


Nadiah dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang semalam selepas dijatuhi hukuman penjara enam
tahun 10 bulan.


PULAU PINANG - Seorang wanita yang memijak anak lelakinya yang baru berusia setahun tiga bulan hingga mati dihukum penjara enam tahun 10 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu setelah mensabitkan pengakuan bersalah wanita itu yang hanya dikenali sebagai Nadiah dan memerintahkannya menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapan iaitu 27 April 2005.

Nadiah, 28, dari Sumatera Selatan dituduh menyebabkan kematian anak lelakinya itu di sebuah rumah di Jalan Besar Bayan Lepas pada pukul 12 tengah hari 27 April 2005 mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sebaik hakim selesai membacakan hukuman terhadapnya, Nadiah yang berkahwin dengan lelaki tempatan, Abdul Rahman Jaafar dilihat menangis.

Ketika membacakan penghakimannya, Hakim Abdul Rahim berkata, mahkamah berada dalam keadaan yang sukar untuk membuat keputusan berhubung kes itu setelah mengetahui tekanan hidup yang dialami tertuduh amat berat.


** Astaghfirullah. Apalah yang nak jadi ni? Anak sendiri pun sanggup dipijak sampai mati?? Ibu jenis apakah ini?? Usahlah kita terlalu ikutkan amarah yang akhirnya diri sendiri juga yang rugi.


1 komen teman:

sekuntum mawar berduri berkata...

salam
Manusia jenis apakah wanita ini janganlah anak di jadikan mangsa keadaan kalau tak sanggup memeliharanya serahkanlah kepada orang untuk dijadikan anak angkat kerana ramai yg inginkan anak tapi belum di kurniakan lagi oleh Allah.Itulah kalau hidup tidak berlandaskan hukum Allah semuanya serba tak kena jadinya baik sang isteri mahu pun suami.Lebih-lebih lagi suami mestilah mempersiapkan diri dgn ilmu agama untuk m'bimbing isteri dan anak-anak utk m'jalani k'hidupan ini.

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...