Ahad, Mac 1 | By: ~Ummi Mujahid~

Mujahid kini 11 bulan

Salam petang sabtu yang hening,

Alhamdulillah tinggal lagi sebulan untuk mujahid jejaki umur setahun. Syukur jugaklah mujahid makin membesar dengan jayanya sekalipun pernah diserang selsema dan batuk. Risau kan bila anak kecik kesayangan kita jatuh sakit.

2, 3 hari tak masukkan entry di sini bukannya sengaja tapi tak kesampaian nak menaip lelama. Alhamdulillah mujahid dah pun sembuh sepenuhnya dari selsema tempoh hari begitu juga saya tapi masih berkahak sedikit. Saya bila ada lendir di tekak ni, memang payah hilangnya.

Yang lawaknya, bila saya berdehem (yelah terasa geli di tekak) mujahid jadi takut lalu peluk saya. Saya akui terkadang saya berdehem agak kuat dan sering jadi begini seiap kali lepas baik dari selsema. Pernah saya sedang menaip dan dia tengah main2, dah tekak rasa tak selesa jadi saya pun berdehem. Terus mujahid menerpa ke arah saya. Laa.. takut rupanya. Yelah, tak pernah dengar jadi terkejutlah. Memang sejak mujahid ada, saya tak pernah lagi kena selsema dan batuk tapi sekarang dia dah biasa bila dengar saya berdehem.

Sejak dah makin besar ni, makin banyak keletah mujahid. Memang kena banyak tumpukan perhatian padanya. Tak boleh leka langsung. Bayangkan, teralpa sekejap saja, nun dah memanjat tangga. Kekadang tu main2 celah2 kerusi, celah2 meja. Masuk jugak celah2 tu. Entah apa yang dicarinya. Nak ajak main sorok2 kot. Ahaii mujahid :D

Dah 11 bulan pun dia sekarang. Dah makin lancar berjalan, mulut pun makin ringan bercakap dalam bahasanya. Gigi dah ada tiga, 2 di atas, 1 di bawah dan nak tumbuh lagi satu di bawah. Makannya dah macam2. Apa yang orang makan, itulah yang dia nak sama. Tak dapat, siaplah. Merajuklah dia. Haii pandai merajuk sekarang ni. Menangis2 lagi.

Semalam lagilah, walid mujahid pegang hp depan dia. Dia pun nak ambil, walidnya tak kasi apa lagi menangis bagai dipukul. Boleh teresak2 pulak tu. Aduhai mujahid sayang dah makin besar ye.

Suka dia bila main2 cak cak dengan saya. Bila saya duduk saja, mesti dia datang ke belakang saya main cak cak. Ada sekali tu, dia berjalan ke dinding sebelah tangga dan dijenguknya CAK!!. Sorok kepala dan jenguk lagi CAK! :) Diajar kak ana atau anak2 kak ana barangkali.

1 komen teman:

Liana berkata...

Salam kak...
Bila baca perkembangan Mujahis, banyak sama dengan Husna. Husna sejak dah pandai berjalan nie...asyid nak masuk bilik air jer...MAcam2 teletah dia. Kalo handpon tu jangan cakap ler.. tak bagi menangis cam kena dera. Siap ayah dia belikan tepon menan tu! Dia tak nak pun!

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...