Jumaat, Mac 06, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah tertunda

Salam malam sabtu yang sunyi,

Abang dan mujahid dah lena, mengantuk benar agaknya. Mujahid memang saya biarkan keletihan dulu baru disusukan, kalau tak sure bangun semula lewat malam nanti. Dah beberapa hari tak menaip di sini, sibuk ya tak sempat pun ya dan yang paling utamanya diganggu lagilah ya hehe :D

Kelmarin petang, semasa ambil mujahid dari rumah pengasuhnya, kak ana bagitau mujahid dah mula memanjat kerusi. HAH!? Aduhai mujahid.. Kena lebih perhatikan dia sekarang ni. Bila di rumah, saya tengok dia tak berapa kisahkan kerusi yang ada. Agaknya masih tinggi bagi dia. Petang tadi pun kak ana kata dia memanjat lagi. Sahlah dia panjat kerusi yang dapat dicapainya. Kat rumah, tak dinaiknya atas kerusi tapi dimasuknya celah2 kerusi meja tu. Aduhh!



Keletah mujahid sekarang pun makin aktif. Yang belum hilang darinya, kena tinggal sendirian. Memang tak boleh biarkan dia seorang diri. Ke mana saja saya pergi, dia mesti ikut. Terkadang terasa geram pun ada, sebabnya tak boleh buang air lelama. Pernah sekali tu saya dah tak tahan sangat sakit perut nak membuang, biarkan saja mujahid di luar bilik air. Menangis meraung memang kesianlah dengarnya. Bagai didera saja. Teresak2 jadinya. Selesai saja kadar hajat, terus saya pangku dia. Haii tak taulah apa nak jadi ye lepas ni??

Em apa lagi ye nak cerita kat sini. Kekeringan idea pulak. Biasanya time saya tengah ada idea, masa itulah mujahid pun nak 'bermain' sama ada dengan saya ataupun laptop ni. Oklah, bakal bersambung kelak.

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...