Ahad, Mac 08, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah hari ini..

Salam malam isnin..

Bila tengok gelagat mujahid hari ini, gelak saya sendirian. Sebabnya macam-macam yang dibuatnya bagai tak kenal erti penat langsung. Ke mana saja saya pergi, dia ikut jugak dengan langkahnya yang belum stabil betul lagi. Kalau berjalan saja mungkin tak adalah heran sangat kan tapi ini dengan huha huha mulutnya entah apalah yang dingomelkannya tu.

Mulanya memang nak rakamkan aksinya tu tapi tak tau ke mana perginya kamera digital saya tu? Walid mujahid ni kalau menyimpan mananya nak ingat mana letak. Hish tak baik marah suami hehe ;p suami saya pengemas orangnya berbanding dengan saya nih. Pantang berselerak barang dalam rumah ni mesti dikemasnya. Sebab itulah sepadan saja kami ni hehe ;D

Lewat petang tadi barulah jumpa kamera tu. Rupanya tersimpan dalam kabinet tv. Pada awalnya tu macam rosak pulak shutternya tapi bila ditukar baterinya barulah ok. Agaknya bateri low sangat kot.

Ni saya uploadkan rupa mujahid terkini.



kena umpan dulu baru boleh gunting sikit kat depan tu. asal boleh nampak dahi, sudahlah.



tiap kali saya nak online, dia pun sibuk naik atas riba saya.


Oklah tu saja buat kali ini. Jumpa lagi kelak. ;)

2 komen teman:

cikgu berkata...

salam akak.Cutenya mujahid.Thanks coz follow blog saya yang tak seberapa.
Semoga beroleh kebahagian dunia wal akhirah.

saveme_zero berkata...

walaa...tetek gendutt..ekekekek

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...