Isnin, Februari 23 | By: ~Ummi Mujahid~

InnaliLLahi wa inna ilaihi raji'un

alfatihah

Salam pagi isnin yg dingin dek hujan

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku?? Siapa yang terlibat?? Saya masih lagi terkejut. Rupanya saya telah kehilangan salah seorang sahabat pena yang sekian lama saya kenali sejak remaja lagi. Arwah ialah Badruzamani Azmi, usahawan internet hanya di rumah(arwah pernah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkannya terus berada di atas kerusi roda). Saya pernah terdetik nak jengah ke weblognya tapi silap taip ditambah pulak dengan line streamyx yang kurang memuaskan. Mungkin jugak sebab dah lama guna or something else. Sudahnya saya tak dapat ke sana.

Berita kematian sahabat pena saya ni betul2 mengejutkan saya. Sungguh tak disangka, arwah pergi mengiringi ibu, adik, dan tahun lalu bapa arwah sendiri. Terakhir kali saya sms dengan arwah, awal tahun ini. Ya Allah Ya Tuhanku, tempatkanlah dia di sisiMu dan di kalangan mereka yang Kau redhai.

Marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah semoga dia tenang di sana. AL-FATIHAH......

p/s: saya MC arini, tak tahan selsema+batuk yang menghimpun kahak di tekak ni. Suara pun dah lain bunyinya. Aduhaii.. Ubat batuk kan boleh sebabkan mengantuk. Alahaii :( Syukur mujahid dah semakin sembuh.

1 komen teman:

Liana berkata...

salam.

Nama nie macam biasa dengar ler kak. Rasanya dah lama dia meninggal ker? semoga rohnya tenang di sana...Al-Fatihah...

Untuk kak Tini, semoga cepat sembuh...

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...