Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Rabu, April 01, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Gambar Mujahid utk tatapan semua

Berikut adalah antara gambar-gambar Mujahid untuk tatapan semua pengunjung.



Ni gambar sebelum berangkat balik ke Marang
Ni di kedai makan kat Tawau

Meniarap di rumah Mak Tum(Marang)
close up Mujahid. Ni tengah bersiap nak balik kampung (Marang)Masa ni walid Mujahid tak ada, masih di Tawau.

Setahun sudah.. ;D

Salam hari rabu ;)

Uhu lamanya tak menaip di sini. Maaflah ya bagi yang mengikuti kisah saya ini. Sebenarnya saya tidaklah terus menyepi tanpa mengadap laptop ini tetapi cuma tidak nukilkan sesuatu di sini. Saya masih aktif tetapi di belakang tabir saja. eh ada tabir ke? ;)

Bak tajuk di atas tu, tepat jam 1.46 pagi tadi maka genaplah MUHAMMAD USAMAH MUJAHID anak teruna saya yang comel lote gendut tu berusia setahun. alahai, gendut?? Anak sepupu suami yang mulakan kata Mujahid gendut. Gendutkah dia? Hmm tengoklah gambar terkininya nanti.


Gambar ni diambil dr hp abg sepupu(hp baru beli)


Banyak sebenarnya nak dikisahkan di sini tapi biasalah banyak kerja betul di sekolah saya sekarang ni. Sabtu lepas 28 Mac adanya pertandingan puisi dan lagu peringkat daerah, sekolah saya jadi tuan rumah. Pelajar sekolah pula berjuang untuk ujian setara bermula rabu lepas hinggalah isnin bebaru ini. Sekarang ni kenalah tanda kertas soalan mereka.

Cukup dulu untuk kali ini, insya Allah bakal bersambung kelak. Gambar-gambar Mujahid bakal saya upload selesai saya menanda semua kertas ujian anak murid saya ya. Lagi 3 kelas mahu ditanda.

Permisi duluan ya. Wassalam.

p/s: Oleh sebab dah lama tak ada berita, jadi saya dahulukan mana-mana gambar Mujahid
Ahad, Mac 08, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah hari ini..

Salam malam isnin..

Bila tengok gelagat mujahid hari ini, gelak saya sendirian. Sebabnya macam-macam yang dibuatnya bagai tak kenal erti penat langsung. Ke mana saja saya pergi, dia ikut jugak dengan langkahnya yang belum stabil betul lagi. Kalau berjalan saja mungkin tak adalah heran sangat kan tapi ini dengan huha huha mulutnya entah apalah yang dingomelkannya tu.

Mulanya memang nak rakamkan aksinya tu tapi tak tau ke mana perginya kamera digital saya tu? Walid mujahid ni kalau menyimpan mananya nak ingat mana letak. Hish tak baik marah suami hehe ;p suami saya pengemas orangnya berbanding dengan saya nih. Pantang berselerak barang dalam rumah ni mesti dikemasnya. Sebab itulah sepadan saja kami ni hehe ;D

Lewat petang tadi barulah jumpa kamera tu. Rupanya tersimpan dalam kabinet tv. Pada awalnya tu macam rosak pulak shutternya tapi bila ditukar baterinya barulah ok. Agaknya bateri low sangat kot.

Ni saya uploadkan rupa mujahid terkini.



kena umpan dulu baru boleh gunting sikit kat depan tu. asal boleh nampak dahi, sudahlah.



tiap kali saya nak online, dia pun sibuk naik atas riba saya.


Oklah tu saja buat kali ini. Jumpa lagi kelak. ;)
Jumaat, Mac 06, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

lagi-lagi mujahid


nampak tak gigi mujahid??


entah siapalah yang ajar nih??
di sabah ni, kalau si anak buat begitu tandanya dia nak adik.. uhuu biarlah besar sikit ye mujahid :)


gambar yang tengah2 tu mujahid sedang berdiri tau

tawau @ night

my lovers
Khamis, Februari 12, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Gambar mujahid dan nenek




Salam petang khamis yang sepi.

Di atas, ada saya uploadkan gambar aunie husna, sepupu mujahid a.k.a anak menakan/saudara saya. Bakal 1 tahun 3.3.09 nanti, tua hampir sebulan dengan mujahid tapi tak sebesar mujahid.

Bawahnya, mujahid (cicit) dengan nenek(tok, panggilan sebelah walid) yang dah berumur 80+ (tak silap saya, dah 84 tahun). Tinggal di Kg. Kubur Panjang, Kedah.

Em, itulah yang sempat petang ni. Mahu pamitan dulu ye, walid mujahid sedang menunggu di sana.

Ilalliqa' ;D