Rabu, Februari 4 | By: ~Ummi Mujahid~

Kisah 4 feb

Salam mesra yang hangat dari saya ;)

Alhamdulillah penilaian di pusat akses sekolah berjalan lancar. Syukur amat segalanya dah selesai walaupun penilai dari KL tu datang awal. Rupanya mereka pecah group. Jadi dapatlah mereka siap awal.

Itu kisah pagi tadi. Semalam, mujahid macam kena cirit-birit tapi najisnya tak banyak. Yang banyak keluar, airnya. Risau jugak ni. Sebelum tidur sempat saya berikan air garam yang dibekalkan Dr Ainina untuk kes cirit-birit mujahid dulu. Ah! Dulu pun mujahid pernah cirit-birit jugak tau, lepas balik dari kampung. Cirit sekali dengan muntah yang kerap pula tu. Mungkin perubahan cuaca barangkali sebabkan mujahid jatuh sakit 2,3 hari tu.

Masa ambil mujahid petang tadi pun, kak pengasuh mujahid bagitau hari ini 4x dia berak air lagi. Aduh, macam parah pulak. Tak apalah, cuba tengok malam ni macam mana.

Tetiba no idea pula saya ni. Nantilah fikirkan lagi. Jumpa di waktu lain ye ;)mujahidddd.... ummi rindu mujahid....

0 komen teman:

Catat Ulasan

...silalah berikan sebarang komen or teguran...

...terima kasih...