Memaparkan catatan dengan label alkisahnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alkisahnya. Papar semua catatan
Isnin, Julai 05, 2021 | By: Ummi Mujahid dan Mujahidah

PKP, PKPD

 Assalamualaikum wbt

Allahu akbar. Lama betul tak bercerita kat sini kan? Banyak perkara dah berlaku sepanjang tempoh senyap sunyi saya.

Sebenarnya syukur alhamdulillah saya dah kembali ke negeri kelahiran saya, walaupun terpaksa bertugas di negeri jiran. Semua tahu kan sebelum ni saya mengajar di negeri bawah bayu sana sejak 2007 lagi. Hampir 14 tahun saya merantau akhirnya dapat juga kembali.

Namun cerita sedihnya saya terpaksa terpisah dengan keluarga saya uhuks 😭😭 sebabnya kami dah tak tinggal sebumbung lagi. Inilah namanya pengorbanan. Saya ditugaskan di Kuantan manakala suami pula di Kuala Terengganu sana. Anak-anak pun sama, seorang di asrama AKMAL Terengganu dan seorang lagi bersama mak saya.

Gara-gara pandemik Covid-19 dan PKP segala macam ni, anak sulong saya terpaksa balik daripada tinggal di asrama. Semua bakal hafiz dan hafizah pulang ke rumah masing-masing. Syukurlah suami saya ada uruskan si abang kat sana. Si adik pula sendirilah dia kat kampung sebab saya kena berada di stesyen atas arahan JPN. Kami kan penjawat awam yang mendengar arahan hehe 😆😄😄

Awal rancangannya nak baliklah hujung minggu bebaru ni tetapi perancangan Allah jua yang hebat. Terpaksa tinggal dulu di Kuantan sini kerana PKPD. Dah 2 minggu ni tak jumpa anak. Harap boleh dengar suara dan nampak muka masa video call saja. Semoga semuanya lekas berlalu tanpa kesan.

Oklah, lain kali pula kita sembang ya. Eh bercerita 😁 almaklumlah lama tak menaip panjang-panjang begini. Hingga jumpa lain waktu, jaga diri jaga iman. Ilalliqa'



Selasa, Oktober 13, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Pelajar PMR SCSH



antara pelajar PMR yg sedang menjawab subjek PMR...
Jumaat, Ogos 28, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Salam Ramadhan buat semua

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh dan salam Ramadhan.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa buat semua umat Islam walau di mana jua berada.

Kuminta dari Tuhan setangkai bunga segar,
DIA berikanku kaktus berduri,
Kuminta kupu-kupu,
diberiNya aku ulat bulu,
Aku sedih & kecewa,
Namun kemudian kaktus itu berbunga,
indah sekali,
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Allah, indah pada masanya.
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi,
Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kekadang kita sedih, kecewa, terluka...
Tetapi jauh di atas segalanya,
DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

Jadikanlah jalinan antara kita terjalin persis untaian tasbih.
Ada awal tiada penghujung,
dibentuk untuk mengingatiNya,
dicantum kerana cintaNya,
diratib semata-mata kerana redhaNya,
menitis air mata tika merasai kemanisan iman.
Semoga jalinan ini kekal dan dirahmati Allah SWT.





Tatapilah aksi anak terunaku ini ya yang diambil semalam.


guna lego buat jadi fon





kononnya sedang bercakap dengan henfonlah ni
Ahad, Ogos 16, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Akhil - Waheeda selamat diijabkabul

 

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

"Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak," kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

"Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

"Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini," ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

(dari kiri)Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (bapa Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

"Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak," kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan," katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara 'rahsia'.

"Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

"Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya..




p/s: hmmm saya bukannya fanatik minat mereka berdua ni tapi sekadar memaparkan berita baik ini. Yelah, mendirikan masjid bukankah perkara baik. Mengurangkan berlakunya maksiat insya Allah. Kontrovesi yang berlaku sebelum ini sememangnya lumrah dunia artis. Doakanlah mereka bahagia dunia dan akhirat ya. Amien
Rabu, Ogos 05, 2009 | By: ~Ummi Mujahid~

Bercuti lagi..

Salam tgh hari rabu,

Sekolah saya masih ditutup dek H1N1. Esok hari terakhir kami guru-gurunya bercuti. Bolehlah sambung agenda sekolah; Ujian Setara II bagi tahun ini.

Semalam saya bersembang dengan suami, katanya di Sabah saja dah 131 buah sekolah ditutup gara-gara influenza A H1N1 ni. Hmmm, parah jugak tu. Di semenanjung pun banyak sekolah alami proses yang sama.

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah kami dari malapetaka yang Engkau timpakan ini. Ampunilah dosa-dosa kami yang membawa kepada dugaan dan azab dunia ini. Rahmatilah hidup kami Ya Allah..